MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SMKPS MERIAH

Oleh:  Mustaffa Siraj

Gambar oleh : Ustaz Ihsanuddin

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan sangat berpuashati kehadiran guru-guru yang memeriahkan majlis tersebut

BATU PAHAT, 1 November,(SMKPS) –  Majlis jamuan akhir tahun SMKPS berlangsung meriah malam tadi, bertempat di dewan SMKPS. Kira-kira 80 guru, kakitangan serta pasangan masing-masing hadir pada kali ini.

Pelbagai hidangan lazat telah disediakan, antaranya sate, kerabu betik, tomyam, kailan, ikan bakar, pelbagai dessert dan minuman , yang disediakan oleh Puan Rohaya Mohamad.  Jamuan disediakan ala-katering di hotel dan suasananya begitu berwarna-warni.

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah bt Maskan menyampaikan hadiah kepada Pengerusi Kelab Bilik Guru (Kebiru) sesi 2009, Encik Norhisham Khalid

 

Dalam ucapannya, Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan melahirkan rasa gembira atas sambutan guru untuk hadir dan memeriahkan majlis pada malam itu

Juruacara majlis tersohor SMKPS, Tn Hj Ramlan B. Pit dan Encik Ahmad Fadzil B. Arif membuatkan para hadirin tak kering gusi

 

Juruacara majlis, Tuan Haji Ramlan bin Pit dan Encik Ahmad Fadzil berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh dan usikan mereka. Majlis juga diserikan dengan nyanyian Karaoke beberapa orang guru, termasuk Encik Ahmad Fadzil, Puan Mazni Sanusi dan Encik Khamsuldin.

Majlis juga diserikan dengan cabutan nombor bertuah, di mana ramai hadirin berjaya memenangi hadiah seperti barangan elektrik dan hamper.

Pengerusi Kelab Bilik Guru, Encik Norhisham Khalid berpuas hati dengan kerjasama AJK Bilik Guru dalam membuat persiapan jamuan. Beliau juga berpuas hati dengan kehadiran guru yang ramai untuk jamuan pada kali ini.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s