TASIK KENYIR DESTINASI PELANCONGAN

P1020297

TASIK KENYIR... mempunyai pelbagai tarikan

Rencana dan Foto oleh : Mustaffa Siraj

Baru-baru ini saya mengikuti lawatan ke Terengganu dan salah satu tempat dilawati ialah Tasik Kenyir, yang terletak di Ulu Terengganu, Terengganu.  Tasik ini kaya pelbagai tarikan yang boleh menggamit pelancong.

Tasik ini mempunyai keluasan 209,000 hektar dan merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Terdapat 340 buah pulau di tasik ini di samping 14 air terjun di sekitarnya, antaranya air terjun Tembat, Petang, Leban dan Lasir. Terdapat dua gua batu kapur, iaitu  Bewah dan Taat.

P1020310

Penulis bersama rakan-rakan Pen Kanan Koku Batu Pahat sedang menaiki feri Tasik Kenyir

Lebih menarik, dianggarkan ada 300 spesies ikan air tawar di sini, antaranya kelah, lampan, toman, kelisa, kalui dan kawan. Salah satu tarikan utama pastinya aktiviti memancing dan jika bernasib baik, ikan bersaiz besar mampu dipancing.

Pada masa ini ada 9 resort dibina di sekitar tasik, antaranya Lake Kenyir Resort (136 bilik, no telefon 09-6668888), Kelah Rakit Resort (15 bilik) dan Musang Kenyir Resort (12 bilik).  Ada yang menyediakan chalet dan bilik. Jeti Pangkalan Gawi, yang dibina pada tahun 1991 merupakan jeti utama ke sekitar tasik.

Bagi pelancong, antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah memancing, mandi air terjun, kembara hutan, berkayak dan mudik dengan bot dan feri di sekitar tasik. Bagaimanapun, setiap resort menyediakan pakej untuk kemudahan pelancong.

P1020301

AIR TERJUN TEMBAT... Pandangan dari bawah

Saya menginap di Resort Musang Kenyir. Terdapat air terjun Tembat yang terletak  di belakang resort.  Pandangan di situ memang menarik dan rakan-rakan yang memancing, dapat banyak ikan.

Jadi kepada yang belum ke Tasik Kenyir, bolehlah ke sana. Jayakan kempen `Cuti-cuti Malaysia!’ Elok untuk berehat, menenangkan fikiran dan melupakan kesibukan pelbagai urusan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s