PERTUKARAN CIKGU NORMAN IBRAHIM AMAT DIRASAKAN

CIKGU NORMAN... bertukar ke SMK Dato Syed Esa


Berita dan gambar oleh: Mustaffa Haji Siraj

BATU PAHAT, 29 November (SMKPS) – Pertukaran Cikgu Norman Ibrahim ke SMK Dato Syed Esa berkuat kuasa pada 1 hb Disember ini merupakan satu kehilangan besar kepada SMKPS.

Beliau yang telah berkhidmat di SMKPS sejak tahun 2002 telah memberi perkhidmatan cemerlang dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya selama ini.

Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Jawatan beliau di SMKPS ialah sebagai Setiausaha Sukan. Kemahiran dan kecekapan beliau mencatur perjalanan sukan sekolah memang diakui, walaupun beliau bukan berkelulusan bidang Sains Sukan.

Antara kejayaan yang dicapainya ialah membantu SMKPS mendapat naib johan Kejohanan Olahraga Batu Pahat tahun ini dan membantu pasukan bola baling Lelaki 18 muncul johan pertandingan tahun ini. Pada tahun ini, pasukan Perempuan bawah 15 dan 18 muncul johan daerah, sekali gus membawa SMKPS muncul johan keseluruhan Bola Baling daerah Batu Pahat.

SMKPS juga berjaya melaksanakan tugas dalam pengurusan sukan. Misalnya, berjaya menjalankan tugas sebagai Pengerusi Teknik dan Pertandingan MSSD Batu Pahat tahun 2008 dan 2009. Selain itu sejak beberapa tahun ini menguruskan pertandingan bola jaring, pingpong dan bola baling. Peranan beliau telah membantu kejayaan pengurusan semua di atas.

Menurutnya, pertukarannya ke SMK Dato Syed Esa adalah untuk mencari pengalaman baru setelah hampir sepuluh tahun berkhidmat di SMKPS.

Sidang blog SMKPS mengucapkan selamat berkhidmat di sekolah baru, semoga lebih berjaya dan tidak melupakan warga SMKPS. Terima kasih juga atas tugas dan peranan yang telah dimainkan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

14 Responses to PERTUKARAN CIKGU NORMAN IBRAHIM AMAT DIRASAKAN

  1. xpelh an kowg leyh add dy,jgn lorh sdih2

  2. alaaaa ramainye yang pindahhhh

  3. 5664 says:

    Seorang yang baik hati ,tak banyak cakap tapi mesra dan ramah dengan teman2.Orang yang baik macam ni pun boleh pindah..nape ekk…?Paling sedih marhaban tahun depan tanpamu..alunan marahaban yang mendayu-dayu..dah 2 orang SU sukan yang pindah dua-dua nama Man. Azman dan Norman.Semoga you all bahagia.

  4. Qiela_1A says:

    ckg2 yg pindah 2,, jgn lupa kan kami yg berada di SMKPS ni ye… semoga ckg2 happy selalu.. yg pling penting ckg2 mnjd guru yg berdedikasi mendidik ank bangsa….

  5. Siti Salwani says:

    tak kira walau di mana pun kalian berkhidmat, semoga kalian sentiasa berbahagia……

  6. Qiela_1A says:

    alaaa.. ramai nye ckg yg nk pindah….

  7. ramlanpit says:

    Tapi kita kena buat post-mortem mengapa Tn. hj. Norman nak pindah…..sedangkan ah….malas nak sambung……..Kita kenal Tn. Hj. Norman tu siapa….yang patah tetap patah yang tumbuh takkan sama. apa-apa pun keputusan tetap ditangan haji…Haji ada pendirian, syabas!!!!!!!

  8. manjie says:

    Patah tumbuh hilang berganti ,

  9. SMKPS says:

    Ya, cikgu lokman ke SMK Jalan Kolam Air, Cikgu Rahman Hamid ke SMK Pekan Baru, Muar. 3 guru `Man’ bertukar ni…

  10. Siti Salwani says:

    ckgu lokman dgn ckgu rahman nk pndh jgk ke….??

  11. Siti Salwani says:

    kenapa cikgu pindah…?? tak sangka pulak…..kenal dari sekolah rendah…lepas tu jumpa balik kat sekolah menengah…. lepas ni dah tak dapat jumpa dah…=(

  12. dak 4B says:

    Dengar kata ade 3 org cikgu nak pindah saing kan..ckgu loqman,norman n rahman..skola kehilangan guru yg byk berjasa pada skola..

  13. marina 4B says:

    kenape cikgu pindah??? x larat nak didik budak2 smkps yg nakal nie ke???huhu..semoga cikgu berbahagia bersama pelajar dan rakan2 guru kat sekolah baru..

  14. SMKPS says:

    aku sedih tahap gaban nie…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s