PMR 2009 – PRESTASI SMKPS TERUS MENINGKAT

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 25 Disember (SMKPS) – Prestasi PMR SMK Penghulu Saat terus meningkat, apabila mendapat tempat ke 6 daripada 24 sekolah menengah di Batu Pahat. Tahun lalu, SMKPS mendapat tempat ke 8. Gred Purata Sekolah (GPS) juga bertambah baik, dengan mendapat GPS 2.57. Tahun lalu mendapat GPS 2.62.

Seramai 6 pelajar SMKPS mendapat semua A dalam mata pelajaran diambil. Mereka ialah Siti Nuratiah Naim, Zaitul Asyikin Aznan, Nurezzatulhajar Abdul Rahman,Nurnazihah Hadznin, Nurul Aqilah Mat Noh dan Mohamad Haziq Mohamad Zin.

Selaku sekolah harian biasa, pencapaian SMKPS dianggap amat baik. Sekolah yang mendapat ranking lebih tinggi adalah sekolah premier dan sekolah kawalan, seperti SMK Tinggi, TIGS, SMK Seri Gading dan SMK Tun Aminah.

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan gembira dengan keputusan berkenaan itu, dan mengucapkan syabas kepada para guru dan pelajar yang telah berusaha membawa kejayaan ini. Beliau berharap guru dan pelajar akan terus berusaha meningkatkan pencapaian pada masa depan.

Sidang blog mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam PMR. Diharapkan kejayaan seterusnya dapat mereka cipta dalam SPM dua tahun lagi.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

11 Responses to PMR 2009 – PRESTASI SMKPS TERUS MENINGKAT

  1. SMKPS says:

    Bukan budak aje bagus2.. Cikgu2nya pun mantap!

  2. salinasaid says:

    mmg bagus2 dak2 smkps ni!

  3. En Mashudi says:

    kepada semua pelajar 3 anugerah, 3 arif, 3 asparasi dan 3 azam, anda semua telah melakukan yang terbaik untuk sub KHB, Tahniah dan cikgu bangga dengan kamu, moga anda semua terus maju dan cemerlang di tingkatan 4

  4. 3arif says:

    terima kasih kepada cikgu2 yg t’lah mengajar di kelas 3arif 2009.kpd ckgu rozliza,terima kasih kerana banyak bagi nasihat kepada sy..kpd ckgu anisah,terima kasih kerana bnyk memberi ilmu kpd sy dan bersabar walaupun sy nakal..kpd ckgu julie,ckgu suziana,ckgu jasayah,ckgu mashudi,ckgu rahman,ckgu sharudin n ckgu siti nor terima kasih sy ucapkan..kalian semua adalah inspirasiku..

  5. tahniah kpd pelajar yang berjaya..smk penghulu saat tetap mantap!!!!!!!!

  6. ex-student says:

    tahniah..smkps terus mantap….!!!

  7. student 4B says:

    Tahniah kpd semua yg dapat 8A..berbangga lah haziq coz wakil lelaki..kpd pelajar lain teruskan usaha

  8. 3arif smkps says:

    assalamualaikum..tahniah kpd pljr ting3 yang mndpt 8a pmr..saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru2 smkps yg teleh mengajar pelajar ting3 2009.kepada cikgu yg mengajar di3arif kami mengucapkan terima kasih kerana tlh mmberi ilmu kpd kami shgga mndpt kptsn yg cemerlang

  9. 5664 says:

    Alhamdulilah…cikgu nak ucapkan tahniah pada pelajar tingkatan 3 Aktif kerana seramai 31 orang pelajar mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar lain. Tercapai juga ETR ting 3 Aktif drpd 2 orang yang mendapat A untuk TOV meningkat kepada 31 orang pelajar dan hanya 2 orang mendapat gred B.

  10. Msom says:

    Tahniah! Anda semua memang hebat. Semoga akan meningkat ke ranking yang lebih baik pada tahun hadapan

  11. Qiela_1A says:

    congrate to all straight A’s students in PMR 2009….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s