SMKPS BERSEDIA UNTUK SESI BARU PERSEKOLAHAN 2010

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 di dewan SMKPS


Berita dan Foto oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 1 Januari, (SMKPS) – SMKPS bersedia untuk sesi persekolahan tahun 2010. Pada hari ini, pendaftaran pelajar Tingkatan 1 diadakan, di samping pembayaran yuran bagi pelajar Tingkatan 2, 3. 4 dan 5. Ibu bapa berpusu-pusu ke dewan dan ke kelas untuk tujuan itu.

Cikgu Mazni dan Cikgu Umi Kalthom sedang melayan pertanyaan ibu bapa di dewan sekolah

Pada minggu lalu, mesyuarat guru telah diadakan, diikuti mesyuarat kurikulum, hal ehwal pelajar dan kokurikulum. Buku Agihan Tugas dan Takwim 2010 turut disiapkan, yang mengandungi senarai tugas dan maklumat untuk tahun 2010.

Pentadbir dan pekerja berusaha gigih mencukupkan keperluan kelas, seperti kerusi, meja, penyapu dan sebagainya. Sebuah kolah baru berharga kira-kira RM20,000 di surau SMKPS sedang disiapkan. Pengusaha kantin yang baru pula bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada guru dan pelajar.

Pekerja sedang membawa meja baru ke kelas

Dengan pencapaian PMR yang memuaskan, di mana SMKPS mendapat 78 peratus kelulusan (berbanding 70 peratus pada tahun 2008) dan gred purata (GPS) yang semakin baik (2.57 tahun ini, berbanding 2.62 tahun lalu), seluruh warga sekolah kelihatan ceria dan bersemangat. 6 pelajar pula mendapat semua A.

Selamat maju jaya SMKPS!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to SMKPS BERSEDIA UNTUK SESI BARU PERSEKOLAHAN 2010

  1. dindahoney says:

    rindunye pd skolah ksygn ku ini…

  2. salinasaid says:

    sekolah la wahai budak2 sekelian sblum anda di sekolahkan…jgn males2 lungo sekolah…!!!

  3. selamat datang kepada pelajar tingkatan 1 tahun 2010..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s