PERHIMPUNAN KHAS KOKU, PELANCARAN ANTOLOGI DAN PERTUKARAN GURU JAYA DILAKSANAKAN

Pengetua SMKPS menarik banting pelancaran antologi puisi


Oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT (18 Januari) – SMKPS – Perhimpunan Khas Kokurikulum bulan Januari, Pelancaran Antologi Puisi Tinta Kencana dan Majlis Pertukaran Guru berjaya dilangsungkan pagi tadi di Dataran Kejat SMKPS.

Sebagai pengisian Perhimpunan kokurikulum, 22 anggota Bulan Sabit Merah Malaysia SMKPS telah menunjukkan demonstrasi pertolongan cemas – menyelamatkan mangsa kemalangan dan membuat lipatan kain anduh. BBSM di bawah pimpinan Encik Shafie Buyamin.

Ahli BBSM membuat demonstrasi pertolongan cemas

Seterusnya, buku antologi puisi Tinta Kencana telah dilancarkan oleh Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan, yang telah menarik banting perasmian. Antologi itu mengandung karya 29 pelajar dan 5 orang guru, dan keseluruhan sajak dalam antologi berjumlah 71 buah sajak.

Tuan Haji Ramlan Pit, penyumbang puisi, menerima cenderamata

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru yang bertukar, Haji Norman bin Ibrahim yang kini bertugas di SMK Dato Syed Esa dan Encik Rahman Hamid, kini bertugas di SMK Pekan Baru, Muar.

Tuan Haji Norman menyampaikan ucapan pertukaran

Tuan Haji Norman banyak berjasa dalam menjayakan program sukan sekolah dan telah membawa SMKPS mencapai naib johan kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat tahun 2009. Tahun lalu juga, pasukan bola baling SMKPS mencipta 3 kejayaan, dan Haji Norman terbabit sebagai jurulatih.

Encik Rahman Hamid merupakan Guru Media sebelum ini. Beliau telah berusaha membangunkan pusat sumber sekolah dan menjayakan program Nilam.

Kepada mereka berdua, selamat bertugas di sekolah baru, terima kasih atas jasa dan peranan yang dimainkan – semoga jumpa lagi.

Perhimpunan berakhir jam 9 pagi.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s