KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD DAERAH BATU PAHAT

Oleh: Shafie Buyamin

Peserta bersedia untuk memulakan larian

BATU PAHAT, 24 Feb (SMK Tun Ismail) – Kejohanan merentas desa MSSD Daerah Batu Pahat telah diadakan di SMK Tun Ismail, Parit Raja Batu Pahat, Johor. Bermula 8pagi – 11pagi.

SMK Penghulu Saat telah menghantar beberapa orang peserta dalam 3 kategori. Kategori Lelaki 18 ialah Ammar Ariff Abdul Rahim, Khairul Amiruddin Mohhoyua, Mohd Sani Subadi dan Norhaslimi Mohd Isa. Kategori Perempuan 18 pula ialah Nadia Nurlaila Mashudi dan Nurul Atikah Asyilah Ahmad.

SMKPS juga menghantar peserta dalam kategori Lelaki 15 iaitu Muhamad Nur Akmal Ithnain, Mohd Safiq Misrom dan Syazwan Basri.

Para peserta dipilih berdasarkan pencapaian dalam kejohanan peringkat sekolah. Kebanyakannya mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam peringkat ini.

Sebelum pertandingan peringkat daerah, peserta yang terpilih menjalani latihan intensif selama 2 minggu. Latihan dilakukan pada jam 7.30pagi setiap hari.

Norhaslimi Mohd Isa

Guru-guru yang terlibat dalam menguruskan peserta ialah En. Shafie Buyamin, Pn. Norashikin Adnan dan Pn. Aspalila Abdullah. Pastinya segala pengalaman dan panduan berguna dicurahkan sepenuh hati untuk hasil yang sempurna.

Norhaslimi Mohd Isa dari kategori Lelaki 18 telah mendapat tempat ke-10 dalam pertandingan ini. Piala dan sijil iringan diterima sebagai hadiah pencetus semangat.

Walaupun peserta lain tidak mendapat tempat 15 terbaik, namun semangat yang berkobar-kobar untuk menyertai pertandingan ini memang membanggakan.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

One Response to KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD DAERAH BATU PAHAT

  1. SMKPS says:

    Tahniah kpd pengurusan dan atlit yang saya lihat begitu komited dalam latihan dan pertandingan.. No 10 tu kira ok, sebab peserta pun ramai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s