SUKAN KECIL SMKPS MERIAH

Oleh: SHAFIE BIN BUYAMIN

Peserta bersedia di astaka untuk acara masing-masing

BATU PAHAT, 3 Mac (SMKPS) – Sukan Kecil telah pun tamat dengan jayanya pada hari ini. Ia bermula sejak semalam selama 2 hari. Sukan kecil ini dimulakan pada jam 3ptg.

Pada hari tersebut, para pelajar diarahkan pulang lebih awal iaitu 1tengahari untuk membolehkan acara bermula dengan lancar. Semua peserta telah dipilih dari ahli rumah sukan yang berbakat dalam bidang sukan masing-masing.

Aksi hebat Joeffendi (L18) untuk acara lompat tinggi

Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100m, 400m, 800m, 1500m, jalan kaki, merejam lembing, lompat kijang, lompat tinggi, lompat jauh dan beberapa lagi.

Pada hari pertama, cuaca bermula dengan cerah dan sang mentari memancarkan cahaya dengan amat terik. Tetapi ia tidak berpanjangan, menjelang jam 5ptg hujan lebat telah menyebabkan beberapa acara ditangguhkan pada hari rabu.

Cuaca sememangnya menyebelahi kita, apabila pada hari ke-2, sukan ini berlangsung dengan amat lancar dan dapat diselesaikan pada pukul 5.30ptg.

Peserta yang memenangi acara yang dipertandingkan pastinya tersenyum kepuasan, tetapi kepada yang tidak berjaya, rasa bangga kerana dapat menyumbang tenaga kepada rumah sukan masing-masing tetap terpancar di wajah mereka.

Peserta Merejam Lembing P15

Masih ada lagi beberapa acara yang belum dijalankan. Ia akan disambung pada hari Kejohanan sukan Tahunan SMKPS pada 10hb Mac 2010 nanti.

Semua pihak berkerjasama untuk memastikan agenda tahunan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ada masalah dan rintangan yang menyulitkan.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

3 Responses to SUKAN KECIL SMKPS MERIAH

  1. SMKPS says:

    hafis cuba lagi okay

  2. dhiya says:

    tahniah unggul!!!

  3. saya tak puas hati kerana saya kalah dalam sukan tara itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s