TRADISI REWANG di SMKPS

Oleh: SHAFIE BIN BUYAMIN

4 Periuk besar nasi briyani dimasak

BATU PAHAT , 11 Mac (SMKPS) – Rewang ialah satu aktiviti kerjasama komuniti untuk membuat persiapan sebelum sesuatu majlis keraian. Aktiviti ini sudah sebati dengan masyarakat Jawa di Batu Pahat.  Antara majlis yang terbabit seperti kenduri doa selamat, majlis perkahwinan dan majlis keagamaan.

Sempena sambutan Maulidur Rasul di SMKPS pada hari ini, aktiviti rewang telah dijalankan sehari sebelumnya yang bermula pada jam 3.oo ptg. Walaupun pada pagi itu berlangsung kejohanan olahraga di mana semua guru dalam keadaan kepenatan, namun ia tidak menjadi halangan.

Ceria menyediakan kerabu perut lembu

Pada petang rabu, aktiviti melapah daging lembu akikah dilakukan oleh guru-guru lelaki. Guru perempuan pula mengupas bawang dan memotong sayur sayuran seperti kacang panjang, tomato, lobak, kentang dan terung. Selain lembu, daging kambing dan ayam juga dipotong dan dibersihkan.

Selepas waktu isyak, beberapa orang guru lelaki dan 10 pelajar lelaki hadir untuk aktiviti memasak pula. Sebelum mula memasak, hidangan sup tulang lembu yang lazat dinikmati hasil renehan semenjak petang tadi.

Pada malam itu, lauk pauk dimasak menggunakan rempah ratus yang pelbagai. Antaranya seperti sayur dalca, bistik lembu, gulai kambing, pajeri nanas dan ayam masak merah. Semua masakan diolah menggunakan resepi rahsia Tn. Hj Ramlan Pit selaku ketua tukang masak. Ramai yang memuji keenakan masakan Hj Ramlan pada majlis ini.

Hj Ramlan Pit, Ketua tukang masak

Semuanya dimasak menggunakan kayu api untuk mengekalkan rasa dan keaslian masakan ini. Menjelang jam 2.30 pagi, lauk pauk ini sudah  pun selesai dimasak. Sambil berehat sebentar, semua guru meratah hati goreng dan kaki ayam goreng berempah. Seusai itu, semua pulang ke rumah untuk tidur dan menghilangkan penat.

Tugasan masih belum selesai, seawal jam 8.00 pagi ini, nasi briyani ditanak menggunakan 4 periuk besar untuk dijamu kepada para pelajar, guru dan tetamu yang hadir. Pn Rohaya Mohamed dan guru perempuan pula menyediakan kerabu perut lembu, resepi pantai timur.

Sementara para pelajar mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul, guru-guru membuat persiapan akhir untuk jamuan seperti membuat minuman dan menyediakan talam makanan.

Selepas ceramah, semua tetamu, guru dan pelajar menikmati hidangan secara berkumpulan di dalam talam. Menggambarkan kemesraan dan muafakat bila makan menggunakan cara ini.

Inilah cara SMKPS… kerjasama yang terjalin dalam membuat sesuatu pasti ada manfaatnya.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to TRADISI REWANG di SMKPS

  1. shafiq affendy says:

    seronok rasa nya bila dapat bersama sama rewang dngan cikgu dulu..cikgu ramlan masak memang sedap..hehehe.sekili rasa nak banyak kali..

  2. Shafie says:

    bukan memuji… tp itulah yg sebenarnya…🙂

  3. ramlanpit says:

    Shafie, kalu memuji tu jangan melambung sangat terlampau, nanti saya masuk dalam periuk lak

  4. balqis says:

    waahhh…….. bestnye rewang. mesti sedapnya bertambah bila kak ikin dgn kak rin yang buat kerabu tu…. salam rewang untukwarga smkps. miss u.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s