SPM 2009: PENCAPAIAN SMKPS MENINGKAT

BATU PAHAT, 12 MAC (SMKPS) – Pencapaian SMKPS dalam peperiksaan SPM 2009 menunjukkan peningkatan, dengan mendapat kedudukan ke-7  dalam daerah Batu Pahat , berbanding ke-12 tahun 2008. Gred purata sekolah (GPS) juga semakin baik, iaitu  4.97, berbanding 5.63 tahun sebelumnya.

Pelajar terbaik dengan mendapat 9A jatuh kepada Mohd Shafie Muslim. Pelajar yang mendapat 7A pula ialah Mohd Nor Hamid, Mohd Fahmi Arif, Farhana Sapari, Mohd Shafiq Afendi dan Mohd Azhar Selamat. Pelajar yang mendapat 6A ialah Nurul Norfazleen Mohd Rasid manakala Haleeda Rosdi, Norhalila Hamdan, Nurul Afiqah Sairi  dan Mohd Shafiq Nasir mendapat 5A.

Secara umum, kualiti kelompok pelajar cemerlang (dari kelas 5 Aktif ) menunjukkan pencapaian amat memuaskan. Malangnya pencapaian pelajar kelas akhir (5 Aspirasi) begitu mengecewakan kali ini . Beberap subjek menunjukkan penurunan, misalnya Bahasa Melayu (93.3%) daripada kelulusan 98.6% tahun sebelumnya, dengan 11 orang gagal Bahasa Melayu. Subjek seperti Sejarah, Sains dan Matematik  juga mengalami penurunan.

Pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat  dan pembentangan audit akademik SPM pada 20 Mac nanti, untuk menilai prestasi pelajar, mengkaji kekuatan dan kelemahan serta mengusahakan penambahbaikan.

Kepada pelajar yang berjaya, diucapkan tahniah. Kepada yang kurang berjaya, jangan diulit kegagalan.  Selamat meneruskan usaha meniti cabaran dalam kehidupan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to SPM 2009: PENCAPAIAN SMKPS MENINGKAT

  1. aizat sabri says:

    kpd salwani…ini menunjukkan kualiti pelajar lelaki…khususnya pelajar lelaki smkps.selepas ini diharapkan lelaki dpt mengimbangi perbezaan yang ketara untuk kemasukan ke unvrsiti pada masa akan datang..sybas kpd semua yg mendapat kptsn cemerlang….

  2. Siti Salwani says:

    tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya……nampaknya kali ini, pelajar lelaki dapat mengatasi pelajar perempuan…..sangat membanggakan……..tahniah juga kepada guru-guru dan kakitangan SMKPS yang telah berusaha bersungguh-sungguh selama ini…..tahniah sekali lagi untuk kalian…..(“,)

  3. smile alway says:

    tahniah kpd shafie muslim…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s