MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

PELAJAR SMK PENGHULU SAAT: JANGAN MENYESAL KEMUDIAN

Foto dan rencana oleh : Mustaffa Siraj

Sepanjang  23 tahun saya bertugas sebagai seorang guru, saya telah berhadapan dengan ribuan pelajar. Bermula dengan saya berkhidmat di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1988, kemudian ke SMK Munshi Sulaiman pada tahun 1994 dan kini  berkhidmat di SMK Penghulu Saat pada  bermula tahun 2006.

Apa yang saya nak fokuskan ialah penyesalan pelajar setelah mereka meninggalkan bangku sekolah. Banyak juga pelajar berjumpa saya dan menyatakan rasa kesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh semasa di bangku sekolah. Mereka menceritakan betapa malasnya mereka untuk belajar  atau melakukan sebarang tugasan yang diberi. Wajah mereka begitu sugul dan dalam beberapa kes, air mata bergenang di kelopak mata.

Terdapat pelajar yang mengakui bahawa mereka telah tersalah memilih kawan. Walaupun mereka pelajar yang tergolong dalam pelajar cemerlang, namun kerana tersalah pilih kawan, telah menjerumuskan mereka ke lembah kegagalan dan menghampakan banyak pihak. Jika orang lain berusaha menguasai ilmu, mereka pula menghabiskan masa dengan berlumba motor, melepak, membuang masa dengan sia-sia.

Apabila keputusan peperiksaan keluar, mereka baru sedar bahawa keputusan peperiksaan mereka sangat teruk. Baru mereka rasa malu hendak berjumpa rakan-rakan dan guru. Apabila nampak cikgu, mereka lari kerana malu. Ketika rakan-rakan mereka sibuk memfotostat sijil atau mengisi borang permohonan ke mana-mana (sekarang ini menggunakan cara  permohonan dalam talian), mereka  begitu lesu dan seperti kehilangan arah, kerana sijil mereka sekadar `cukup makan’ sahaja.

Lebih menyedihkan, terdapat segelintir daripada pelajar yang berjinak-jinak dengan penagihan dadah. Ada yang menagih ganja, pil khayal dan menghidu gam. Mata mereka menjadi merah dan bahasa badan mereka memberitahu bahawa mereka sudah terjebak. Apa yang dapat kami buat ialah menasihati mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Pelajar-pelajar harus ingat bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Ada yang belajar bersungguh-sungguh pun, tiada jaminan untuk mereka berjaya. Tetapi yang pasti, disiplin diri yang kuat, pengurusan masa belajar yang teratur, usaha bersungguh-sungguh, menyempurnakan semua tugasan guru, berbuat baik terhadap ibu bapa dan menunaikan kewajipan agama dapat menyuluh pelajar ke arah kejayaan.

Jika anda seorang pelajar, fikir baik-baik nasihat cikgu.. Jika anda jumpa cikgu  dan meluahkan kekesalan setelah mencapai keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan, tindakan anda itu sudah terlambat… dan seperti tajuk rencana cikgu ini, MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

4 Responses to MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

  1. siti hidayu binti rosli says:

    sye bekas pelajr smkps sye lihat mkin byk aktiviti yg d’jlnkn..ape yg telh sye thu aktiviti yg d’jlnkn amat menerik minat sye..sye cme memberi cadangan ape kata pihak skolh membuat aktiviti indoor game perpustakaan..mercari bakat remaja untuk mewaris pelajar akhir..

  2. shafiq affendy says:

    nasihat cikgu sangat berguna. saya suka membacanya.

  3. diba says:

    sy ske artikel niey..^_^

  4. Siti Salwani says:

    terima kasih banyak-banyak untuk nasihat ni cikgu…..(“,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s