KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KALI KE-2 SMKPS

Oleh: Shafie Bin Buyamin

Guru dan staf SMKPS khusyuk mendengar taklimat

BATU PAHAT, 27 Mac (SMKPS) – Kursus dalam perkhidmatan kali ke-2 telah dijalankan di bilik mesyuarat pada hari ini. Kursus yang pertama pula telah diselesaikan pada minggu lepas iaitu bengkel dalaman anjuran panitia matapelajaran.

Sesi pertama bermula 8.30pagi sehingga 9.30pagi. En. Nasiruddin bin Mahfus daripada Biro Penerangan Cuepacs Kuala Lumpur telah menjelaskan tentang 3 unit Cuepacs iaitu Unit perjuangan, kebajikan dan penyelidikan. Unit kebajikan Cuepacs telah melancarkan satu skim baru untuk semua.

En. Nasiruddin bin Mahfus daripada Biro Penerangan Cuepacs

En. Nasiruddin bin Mahfus daripada Biro Penerangan Cuepacs

Ceramah ini berkenaan skim pelaburan kebajikan untuk kakitangan kerajaan. Dengan bayaran serendah RM30 sebulan melalui potongan gaji, pelabur boleh menikmati faedah seperti pampasan sehingga RM30000 jika berlaku kecelakaan. Ramai guru yang berminat menyertai skim ini dan telah mengisi borang pendaftaran setelah tamat sesi penerangan.

Sesi kedua menyusul pada jam 10pagi iaitu penerangan dari LHDN. Empat wakil dari Pejabat LHDN Kluang telah memberi taklimat diketuai Cik Rozani A. Razak dan pembantunya iaitu Cik nasibah M. Halim, Cik Nurul Hidayu Padlan dan En. Borhan Atan.

Cik Rozani A. Razak dari LHDN

Laman web yang boleh dilayari untuk mengisi borang cukai e-filing ialah http://www.hasil.gov.my dan https://e.hasil.gov.my. Penceramah telah membantu guru-guru dan staf untuk mengisi borang cukai masing-masing. Banyak masalah yang membelenggu fikiran selama ini dapat dirungkai.

Kursus ini berakhir tepat jam 12.00tgh. Kemudian semua menuju ke kantin sekolah untuk menikmati hidangan nasi ayam istimewa yang disediakan oleh Tn. Hj Ramlan Pit. Pastinya semua maklumat yang diperolehi dari kursus ini dapat menjadi panduan kepada semua yang hadir.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s