KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI 1 2010

BATU PAHAT ( SMKPS)   –  Kursus Kepimpinan Pengawas Siri 1  tahun 2010 telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 06hb Mac hingga 07hb Mac 2010 di SMK Penghulu Saat. Peserta kursus seramai 105 orang ahli pengawas di sekolah ini telah menyertai kursus tersebut.

Matlamat kursus ini dijalankan adalah untuk melahirkan golongan pengawas yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dan pelbagai tugas kepimpinan serta dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Objektif kursus adalah untuk memberi dorongan dan motivasi kendiri kepada para pengawas agar mereka mahu berusaha secara bersungguh-sungguh sebagai pemimpin pelajar. Antara guru yang terlibat didalam menjayakan kursus ini ialah Pn Noraini, Pn Mazni, En Mohd Jais, Tn Hj Zainal Abidin, En Yahya, En Norhisham, Tn Hj Sahruddin,YM Raja Zakaria, Pn Suziyana, Pn Nora Asikin, Pn Hasniza, Ustazah Nur Shuhada, Ustaz Mohd Hasanin, En Abd Razak, En Roswadi, Tn Hj Ramlan, Guru pelatih dan En Mashudi.

Sepanjang kursus tersebut dijalankan , para pengawas memberikan kerjasama dan mereka telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. segala aktiviti yang dijalankan telah diberikan penilaian markah oleh fasilitator yang terdiri dari kalangan guru dan fasilitator yang dijemput dari YPJ. Setiap kumpulan telah diberikan satu amanah berupa sebiji telur untuk dijaga sepanjang kursus tersebut tanpa sebarang masalah.

Mereka juga sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti tugasan dan pembentangan kumpulan. Di akhir kursus tersebut, majlis penutupan telah dirasmikan oleh GPK 1 En Abd Razak Abd Rahman dan penyampaian cenderamata beserta sijil kepada sepuluh  peserta terbaik.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI 1 2010

  1. murni haryati sapan says:

    jadi lah pemimpin yg berwibawa dan bertanggungjawab..
    jalankan amanah yang diberikan dgn penuh dedikasi agar dpt melahirkan warga smkps yg brdisplin dn cemerlang..

  2. shafiq affendy says:

    para pengawas, rajin – rajinlah jalan kan tugas..jangan jadi macam saya dulu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s