OLAHRAGA MSSD BP: SMKPS TEMPAT KE-4 DENGAN 8 EMAS

Pelari SMKPS (kiri) di MSSD Batu Pahat

Berita dan Foto oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT 1 April (SMKPS ) –  Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Batu Pahat berakhir lewat petang tadi dengan kontinjen SMKPS menduduki tempat ke-4 dengan mendapat 8 pingat emas, 4 perak dan 5 gangsa. Jumlah pingat emas bertambah dua pingat berbanding tahun lalu.

Kedudukan mata 6pasukan terbaik adalah seperti berikut: (daripada 27 kontinjen)

1. SMK Dato Syed Esa    – 266 mata

2. SMK Seri Gading         – 179 mata

3. SMK Tun Ismail          – 160 mata

4. SMK Penghulu Saat   – 149 mata

5. SMK Dato Onn             – 122 mata

6. SMK Tinggi                   – 111 mata

Walaupun kontinjen SMKPS gagal mengulangi pencapaian tempat kedua tahun lalu, namun kejayaan menambah 2  lagi pingat emas amat menggembirakan. Dua emas lagi melalui  Izzar  Razlan (Lari berpagar L18) dan  Idris Ahmad Rosdi (110 meter lari berpagar).

Ketua jurulatih SMKPS, Encik Mohd Yasin Salleh  melahirkan rasa lega dan bersyukur atas kejayaan ini. Beliau dan panel jurulatih akan membuat post-mortem atas prestasi kontinjen dan berharap dapat menyusun barisan yang lebih mantap pada tahun hadapan.

Kepada semua guru kontinjen dan para atlet, terima kasih atas sumbangan anda dan tahniah kepada yang berjaya mendapat pingat.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to OLAHRAGA MSSD BP: SMKPS TEMPAT KE-4 DENGAN 8 EMAS

  1. Siti Salwani says:

    congratulation to all of you……..
    satu pencapaian yang masih boleh dibanggakan….
    lepas ni pertandingan kawad kaki pulak, kan…..??
    semoga SMKPS terus unggul……(“,)

  2. esbe says:

    tahniah kepada semua… memang mantap!

  3. raja zakaria says:

    tahniah buat kontinjen & guru2 smkps terutamanya jurulatih yang tentunya letih, pengorbanan murni anda pasti membuahkan rahmat serta kejayaan buat semua, AMIN YA RABBAL A’LAMIN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s