BOLA BALING LP 18: SMKPS JOHAN LELAKI DAN KETIGA PEREMPUAN

Kapten pasukan lelaki SMKPS, Mohd Hanafi Malek menerima piala kemenangan daripada PK Koko SMK Yong Peng, Encik Eu Hong Seong

Berita dan Gambar oleh : Mustaffa Siraj

YONG PENG, 8 April (SMKPS) – SMKPS muncul johan kategori lelaki dan tempat ketiga kategori perempuan dalam kejohanan bola baling Bawah 18 tahun peringkat daerah Batu Pahat, yang berakhir petang tadi di SMK Yong Peng. SMK Penghulu Saat juga muncul johan keseluruhan kategori 18 tahun.

AKSI PERLAWANAN AKHIR: Pemain SMKPS (berbaju putih) sedang mengasak pasukan SMK Banang Jaya

Dalam  pertandingan akhir bahagian lelaki, pasukan SMKPS berjaya mengalahkan pasukan SMK Banang Jaya 3-2, manakala bahagian perempuan mengalahkan SMK Dato Onn 14-4 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Di pertandingan pusingan awal hingga ke separuh akhir, pasukan lelaki mengalahkan SMK Seri Gading 4-2, SM Teknik 4-1, SMK Seri Medan 10-2 dan SMK Dato Menteri 7-1. Pasukan perempuan pula mengalahkan SMK Dato Bentara Luar 4-3, SMK Tun Ismail 5-4 dan SMK Temenggung Ibrahim 7-3.

PASUKAN LELAKI BERSAMA PIALA KEMENANGAN

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Encik Eu Hong Seong, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Yong Peng. Sebanyak 14 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan telah mengambil bahagian.

Jurulatih pasukan lelaki, Encik Norhisham Khalid jelas gembira dengan kemenangan ini dan membuktikan bahawa SMKPS berjaya mengekalkan status pasukan disegani dalam bola baling daerah Batu Pahat.

Pasukan Perempuan SMKPS: Tempat Ketiga

Jurulatih  pasukan perempuan, Encik Mashudi Said akur dengan kemenangan pasukan Senggarang. Baginya, pasukan SMKPS telah mencuba sedaya upaya, dan di peringkat separuh akhir, pasukan SMKPS telah dihalang oleh ketangkasan penjaga gol Senggarang.

Turut bersama pasukan ialah pengurus  pasukan lelaki, Puan Noradila Idris, juga pengurus pasukan perempuan, Puan Siti Noraini Abd Rahman serta jurulatih lainnya, Tuan Haji Ramlan Pit dan Haji Abdul Rahman Ithnin.

Sidang blog SMKPS mengucapkan tahniah kepada pemain dan pengurusan pasukan hingga membutirkan kejayaan ini.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

7 Responses to BOLA BALING LP 18: SMKPS JOHAN LELAKI DAN KETIGA PEREMPUAN

  1. mashudi says:

    kepada nur azima, kami ucapkan tahniah, kami kagum dengan bahagian pertahanan pasukan nur azim, terutama kepada penjaga gawang gol. tahniah.. tahniah

  2. Siti Salwani says:

    ckgu mashudi…..xkn round kt sungai pt sulong je kot…??
    at least, pegi la berkelah kat gunung ledang ke….hehehe..

  3. nur azima bte razali says:

    xpelh kteowg pown xjngke yg kteowg mng,,coz taon lpas kowg klh kn team kteowgkn..

  4. mashudi says:

    round kat sungai Parit Sulong je, dia orang belum sampai lagi tu,

  5. Siti Salwani says:

    ckgu mashudi……..ckgu nk bawak diorang melancong ke mana tu……?? mcm best je…..huhuhu….

    kepada pasukan bola baling sekolah lelaki dan perempuan, tahniah kepada kalian……you’re the best…!! (“,)

  6. Norhisham Bin Khlid says:

    Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan lelaki 18 dan tahniah juga kepada pasukan perempuan 18 bola baling smkps. Anda semua telah menunjukkan komitment yang begitu tinggi sebelum dan semasa perlawanan. Benarlah kata acerdik pandai, kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya, kalau sudah gigih berusaha ditambah dengan bakat yang ada, insyallah ia akan membuahkan hasil yang berbaloi-baloi-baloi. Tahniah!!!!. Cikgu Norhisham.

  7. mashudi says:

    kepada pemain lelaki, saya ucapakan tahniah, sementara kepada pemain perempuan janganlah terlampau bersedih, anda semua telah melakukan sedaya upaya, untuk mengubat kesedihan itu, saya berjanji akan bawa anda semua melancung kerana usaha dan azam anda semua sepanjang tahun lepas dan tahun ini. teruskan azam itu dalam bidang-bidang lain ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s