PERTANDINGAN BOLING SMKPS

Kemeriahan di gelanggang boling Summit Parade dengan aksi guru-guru dan staf SMKPS

Oleh: shafie Bin Buyamin

BATU PAHAT, 11 April (Summit Parade) – Pertandingan boling antara guru dan staf SMKPS telah dijalankan di Strike Bowl, Summit Parade pada ahad lalu. Seramai 22 peserta tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat masing-masing.

Pertandingan ini adalah agenda wajib kelab KEBIRU dan menjadi acara tahunannya. Sebelum ini, pertandingan petanque telah dijalankan pada bulan mac lalu.

Aksi mendebarkan En. Razak Othman dan Hj Ramlan Pit sewaktu membaling bola boling

Semua peserta bersungguh-sungguh membaling bola boling ke pin-pin dengan harapan mendapatkan strike, jika tidak pun spare. Kegembiraan jelas tergambar di wajah yang ceria, apatah lagi jika mendapat pungutan mata yang tinggi.

Pertandingan ini bermula jam 10.30pagi dan berakhir dua jam kemudian. Selain guru-guru, penyertaan juga melibatkan staf sekolah dan ahli keluarga masing-masing.

Tujuan utama pertandingan ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara staf dan guru. Diharapkan semua yang menyertai akan berpuas hati dan dapat beramah mesra antara mereka.

Berikut ialah kedudukan 5 tempat teratas bagi pertandingan ini:

1. En. Sahri Othman

2. Hj. Ramlan pit

3. Pn. Haryanti A. haris

4. En. Shafie Buyamin

5. Pn. Siti Noraini A. Rahman

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PERTANDINGAN BOLING SMKPS

  1. azhan says:

    Tahniah, Cikgu Shafie Buyamin kerana berjaya menganjurkan pertandingan boling dalam kalangan guru SMKPS, Tahniah, tahniah, tahniah

  2. nurul afiqah sairi says:

    tahniah kpd cikgu2 yg berjaya berada di top5..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s