PESTA PANTUN BP – SMKPS JOHAN KALI KETIGA BERTURUT-TURUT

Barisan pemantun bersama guru-guru pengiring dan penyokong SMKPS

Berita dan Foto oleh: Wartawan Blog

BATU PAHAT, 20 April (smkps) – SMKPS muncul johan tiga tahun berturut-turut dalam Pesta Pantun peringkat daerah, yang berlangsung di SMK Banang Jaya hari ini.  Dalam perlawanan akhir, SMKPS berjaya mengalahkan pemantun SMK Dato Bentara Luar. SMKPS  johan tahun 2008 dan 2009. Pertandingan disertai 12 pasukan.

Pertemuan SMKPS (sebelah kiri) dengan SMK Dato Bentara luar di perlawanan akhir

Pemantun SMKPS terdiri daripada, Siti Nabila Sakroni, Nadia Nurlaila Mashudi, Nor Naziha Hadznin,  Nurin Agus dan Ezzatul Hajar. Guru pembimbing ialah Cikgu Mustaffa Siraj manakala guru pengiring pula ialah Puan Sabariah Masod dan Puan Nur Ziyana Rohaman.

Di pusingan suku akhir, SMKPS mengalahkan SMK Tinggi dan di separuh akhir , berjaya mengalahkan SMK Seri Gading. Hadiah pertandingan disampaikan oleh Encik Suharman , Penyelia Koakademik Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.

Barisan pemantun SMKPS gembira selepas kemenangan

Guru pembimbing, Encik Mustaffa Siraj melahirkan rasa bersyukur kepada Allah atas kemenangan ini dan memuji kesungguhan dan komitmen pemantun, baik semasa latihan mahupun ketika pertandingan. Kemantapan persembahan disulami jualan dan belian pantun bermutu adalah rencah kejayaan ini, katanya.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to PESTA PANTUN BP – SMKPS JOHAN KALI KETIGA BERTURUT-TURUT

  1. shafiq affendy says:

    tahniah smkps.anda memeng layak bergelar juara

  2. aizat sabri says:

    thniah kpd sume wkil sklh….
    kpd nadia nurlaila..anda mewarisi bakat kakak anda….

  3. mashudi says:

    tahniah dan mertabatkanlah budaya melayu dalam masyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s