SAMBUTAN HARI GURU MERIAH DI SMKPS

CIKGU KHAMSULDIN MEMIMPIN PERSEMBAHAN BORIA

Foto dan berita oleh : Mustaffa Siraj

Batu Pahat  17 Mei (SMKPS) – Sambutan Hari Guru peringkat SMKPS meriah diadakan pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh Puan Hajah Salbiah Maskan, Pengetua SMKPS dengan kehadiran Encik Mohd Arif Othman (Pengerusi PIBG) dan Cif Inspektor Tuan Rosman Khamsaton.

Majlis pagi dimulakan dengan pembacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian diadakan bacaan yasin dan tahlil ringkas.

Kemudian diikuti pertandingan Futsal guru lelaki dan perempuan dengan pelajar. Juga dilangsungkan pertandingan bola tampar.. Majlis diteruskan dengan acara sukaneka di dataran kejat.

AKSI FUTSAL GURU LAWAN PELAJAR

Acara yang dinanti-nantikan ialah persembahan guru dan pelajar di dewan sekolah. Antara yang membuat persembahan ialah Cikgu Fadzil Arif, Puan Mazni Sanusi dan persembahan boria yang dipimpin oleh Cikgu Khamsuldin Abdul Wahab. Antara kelas yang membuat persembahan ialah kelas 2 Aktif, 3 Aktif dan  4 Aktif .

Jamuan khas untuk guru diadakan di kantin sekolah. Dalam kepenatan, guru-guru begitu berselera menikmati  juadah yang disediakan, antaranya ikan bakar, kari ayam, ulam-ulaman, sup cendawan dan puding.

Keseluruhannnya, program sambutan begitu meriah dan berjalan lancar. Tahniah kepada Kelab Bilik Guru SMKPS di bawah Pengerusinya, Encik Shafie Buyamin

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to SAMBUTAN HARI GURU MERIAH DI SMKPS

  1. shafiq affendy says:

    selamat maju jaya semua guru smkps.cikgu – cikgu semua tetap saya ingat

  2. ahmadhazazi says:

    Assalamualaikum..

    Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik SMKPS.Semoga cikgu2 semua istiqamah dalam mendidik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s