2 ORANG GURU BERTUKAR, CIKGU FADZIL BERNIKAH

CIKGU FADZIL MENYARUNGKAN CINCIN PERKAHWINAN KEPADA HAJAH SAEDATON ABD MANAN, ISTERINYA

Berita   dan Gambar oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 5 JUN (SMKPS) – 2 orang guru SMKPS bertukar ke sekolah lain, mereka ialah Puan Zarina Sulaiman yang bertukar ke SMK Pandan Indah, Selangor dan Puan Anisah jumikan , yang berpindah ke SMK Lepar Hilir, Kuantan Pahang.

Puan Zarina merupakan guru biasiswa dan pengurus pasukan olahraga SMKPS ke peringkat daerah. Cikgu Anisah merupakan bendahari Unit Kokurikulum SMKPS dan guru Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAMP). Semoga mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baru.

Cikgu Ahmad Fadzil Mohd Arif pula melangsungkan perkahwinan dengan Puan Saedah Abd Manan. Majlis  berlangsung di rumah pengantin perempuan di Peramu, Pekan, Pahang.  Cikgu Ramlan, Encik Razib dan saya turut mengiringi rombongan pengantin lelaki.

Cikgu Ahmad Fadzil telah kematian isteri akhir tahun lalu dan dengan ini, menamatkan zaman dudanya.Majlis pihak lelaki akan diadakan pada 13 Jun di Taman Tanah Merah, Batu Pahat.

Sidang blog SMKPS mengucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Fadzil.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

6 Responses to 2 ORANG GURU BERTUKAR, CIKGU FADZIL BERNIKAH

  1. SMKPS says:

    ok.. insya allah.. saya akan sampaikan pada dia..

  2. Salam.. Boleh bgtau tak pada Cikgu Nor Ziyana Rohaman yg saya sedang mencarinya. Sewaktu belajar di USM dulu, dia pernah terlibat dlm program ank angkat. Keluarga sy merupakan keluarga angkat beliau. Cara utk menghubungi sy 1. 012-4856552 (Phone) 2. epieeznickboy@yahoo.com (Facebook)

  3. anak tauke(",) says:

    Alhamdulillah.. tahniah cikgu.. semoga kekel ke akhir hayat,, amiiinnn…

  4. shafiq affendy says:

    asalamualaikum smkps.saya bekas pelajar smkps 2005-2010,dari kelas 5Aktif.rindu sangat dgn smkps.selamat maju jaya smk penghulu saat.saya selalu mendoakan.kepada cikgu fadzil,tahniah & selamat pengantin baru..

  5. AQILAH_2A says:

    selamat berpindah ke sekolah bru kpd ckg anisah dan ckg zarina… kpd ckg fadil,, selamat pgntin bru… =)

  6. aza aziz says:

    selamat pengantin baru tok c.fadzil…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s