BOLA BALING P/L 15: SMKPS MARA KE PUSINGAN KE-2

Pasukan P15 bersama jurulatih En. Mashudi

Pasukan P15 bersama jurulatih En. Mashudi

Oleh: SHAFIE BIN BUYAMIN

BATU PAHAT (30 Jun), SMKPS – SMKPS telah menunjukkan aksi yang mengagumkan pada pertandingan bola baling yang berlangsung pada hari ini. Pertandingan ini baru saja selesai untuk hari pertama dan akan bersambung esok.

Pasukan L15 bersama jurulatih En. Norhisham

Pasukan L15 bersama jurulatih En. Norhisham

Pasukan P15 telah menjadi juara kumpulan dan seterusnya mara ke peringkat ke-2. Pada peringkat ini, pasukan SMKPS telah mengalahkan pasukan SMK Senggarang. Pertarungan sengit ini berakhir dengan memihak kepada pasukan SMKPS dengan mata 10-1.

Begitu juga dengan pasukan L15, telah menjuarai kumpulan dan layak ke peringkat ke-2. Dalam perlawanan ini, pasukan kita hanya mampu seri 4-4 dengan pasukan SMK Datuk Menteri.

Pasukan P15 telah berjaya ke separuh akhir, manakala pasukan L15 terpaksa menunggu keputusan perlawanan pasukan lain pada hari esok. Diharapkan nasib menyebelahi kita.

Perlawanan yang berlarutan dari awal pagi sehingga ke lewat petang tadi memang menuntut tenaga yang tinggi. Dengan panahan terik mentari dan peluh yang menitis ke bumi, penat lelah yang disumbangkan setiap pemain SMKPS patut dikagumi dan dihargai.

Semoga esok akan menyinarkan cahaya kegemilangan yang indah bergermerlapan. Doa seluruh warga SMKPS akan mengiringi perjuangan kedua-dua pasukan kita.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s