SMKPS JUARA BOLA BALING P15

KAPTEN PASUKAN SMKPS MENERIMA PIALA JOHAN KESELURUHAN BOLA BALING  LP15 ENCIK RAZAK MENYAMPAIKAN PIALA JOHAN KESELURUHAN KEPADA

KAPTEN PASUKAN SMKPS

Oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT 1 Julai (SMKPS) – SMKPS muncul juara  kejohanan Bola Baling Perempuan 15 tahun peringkat daerah Batu Pahat, yang berakhir hari ini. Dalam perlawanan akhir, mereka berjaya membelasah SMK Dato Onn 10-1. Manakala pasukan SMK Dato Syed Esa berjaya mengalahkan SMK Tengku Mahmud Iskandar 4-2 bahagian lelaki 15 tahun.

AKSI PERLAWANAN AKHIR ANTARA SMKPS DGN SMK DATO ONN

Lebih manis apabila SMK Penghulu Saat berjaya menggondol johan keseluruhan, walaupun pasukan lelaki mara ke peringkat suku akhir. Hadiah pertandingan disampaikan oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan SMKPS.

Pasukan perempuan SMKPS mencipta kejayaan bermakna pada kali ini kerana berjaya menjaringkan banyak gol. Contohnya, mereka membelasah SMK Dato Sulaiman 9-1 dan Norsyakila  Jamil berjaya menjadi penjaring terbanyak dengan 20 gol kesemuanya.

Pengerusi Teknik pertandingan, Encik Roslan Ali melahirkan rasa puas hati atas penganjuran SMKPS dan mahukan SMKPS terus menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.

PASUKAN P15 SMKPS BERGAMBAR KENANGAN SELEPAS KEJOHANAN

Sebanyak 11 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan mengambilo bahagian dalam kejohanan kali ini. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s