CIKGU AB RAZAK RAHMAN NAIK PANGKAT, PENGETUA DI SMK SERI ALAM 2, PASIR GUDANG

EN RAZAK MENYAMPAIKAN UCAPAN DI MAJLIS PERTUKARANNYA

Berita dan Foto oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT (28 September) – Cikgu Abdul Razak Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan SMK Penghulu Saat telah dinaikkan pangkat dan kini menjadi Pengetua di SMK Seri Alam 2, Pasir Gudang.

Beliau telah berkhidmat selama 17 tahun di SMKPS, iaitu sejak 1993. Guru berkelulusan ijazah Sains Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia ini merupakan guru yang disenangi oleh guru dan pelajar.

Beliau telah memberikan khidmat cemerlang di SMKPS dan memberikan sokongan padu kepada usaha Pengetua SMKPS untuk menjayakan agenda sekolah. Antara jasa beliau di  SMKPS ialah selaku guru koperasi dan menjadi guru penyelia petang.

Di luar sekolah, beliau aktif dalam aktiviti keagamaan di kampungnya, Parit Tengah, Yong Peng. di samping itu beliau turut bergiat mengusahakan ternakan lembu.

ENCIK RAZAK DAN PENTADBIR LAINNYA MENIKMATI JAMUAN PERTUKARAN BELIAU

Majlis meraikan beliau diadakan bersama pelajar dan Kelab Bilik Guru turut meraikan dalam satu majlis makan tengah hari.. Semoga beliau akan terus berjaya di bidang pendidikan demi kebaikan kepada anak bangsa dan negara

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to CIKGU AB RAZAK RAHMAN NAIK PANGKAT, PENGETUA DI SMK SERI ALAM 2, PASIR GUDANG

  1. shafiq affendy says:

    tahniah juga pd cikgu Razak othman krn jd GPK baru,,,,,

  2. shafiq affendy says:

    tanhiah kpd cikgu razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s