‘MALAM IKATAN MESRA’ SMKPS 2010

Suasana dewan di Malam Ikatan Mesra

Suasana dewan di Malam Ikatan Mesra

Oleh : SHAFIE BUYAMIN

BATU PAHAT, 13 NOVEMBER, (BATU PAHAT) – Jamuan akhir tahun SMKPS tahun 2010 telah dianjurkan oleh KEBIRU di Hotel Pelican, Batu Pahat malam ini. Majlis bermula jam 8mlm dan berakhir jam 11mlm

Dengan tema Merah & Hitam Extravaganza, semua tetamu yang hadir mengenakan persalinan merah dan hitam yang menyemarakkan lagi suasana pada malam itu. Seramai 116 orang guru, staf sokongan, AJK PIBG dan pasangan masing serta anak-anak menyertai jamuan ini.

Puan Junaidah menerima hadiah kerusi jati dari En. Abd Razak Abd Rahman

Puan Junaidah menerima hadiah kerusi jati dari En. Abd Razak Abd Rahman

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi KEBIRU, En. Shafie Buyamin, kemudian ucapan dari GPK1, En. Razak Othman dan di akhiri dengan ucapan mantan GPK1, En. Abd Razak Abd Rahman. Oleh kerana, Puan Pengetua tidak dapat menghadiri majlis ini atas urusan lain, namun tayangan video ucapan pengetua yang dirakam lebih awal menjadi azimat buat semua.

Kemeriahan majlis ini diserikan dengan nyanyian karaoke daripada 3 orang tetamu iaitu Hj Ramlan Pit, En Bastani dan ‘Abang Jamal’ iaitu nama samaran bagi suami Puan Junaidah. Kemerduan suaranya menyebabkan riuh rendah dewan dengan sorakan peminat.

Semasa tetamu sedang menikmati hidangan, tayangan slaid show aktiviti KEBIRU sepanjang tahun ini dipaparkan di skrin. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong mengemas bilik guru, pertandingan petanque, boling, sambutan hari guru, majlis perpisahan guru dan lain-lain lagi

Kemuncak acara ialah cabutan bertuah berupa hadiah-hadiah seperti hamper, barangan elektrik dan barangan kelengkapan rumah. Hadiah paling ‘grand’ dimenangi oleh Puan Junaidah iaitu set kerusi jati cleopatra.

Lain-lain aktiviti seperti kerusi bertuah, kerusi beracun untuk kanak-kanak dan anugerah khas untuk tetamu. Anugerah khas ini meliputi pakaian tercantik, pasangan sejoli dan kanak-kanak comel. Pemilihan pemenang berdasarkan kriteria yang ditentukan oleh panel juri yang berpengalaman.

Semua tetamu pulang dengan perasaan gembira dan berpuas hati. Diharapkan ikatan silaturahim yang terjalin akan berkekalan selama-lamanya.

Wow! Banyaknya hadiah

Wow! Banyaknya hadiah

 

Puan Umi Umaroh dan keluarga

Puan Umi Umaroh dan keluarga

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to ‘MALAM IKATAN MESRA’ SMKPS 2010

  1. SMKPS says:

    Tahniah kepada seluruh AJK Kebiru di bawah En Shafie- mantap!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s