6 ORANG GURU SMKPS BERTUKAR

KENANGAN BERSAMA CIKGU SHAFIE DAN CIKGU FADZIL BERMAIN FUTSAL BILIK GURU BP TAHUN 2008

Berita dan Foto Oleh: Mustaffa Siraj

Batu Pahat, 16 November (smkps) – 6 orang guru SMKPS disahkan  bertukar dan mereka terdiri daripada Encik Shafie Buyamin, Puan Marini Mahamed, Puan Siti  Zuraida Sharif, Encik Ahmad Fadzil, Puan Norhaslinda dan Puan Jule Norazwin.

Pertukaran mereka adalah kerana mengikut suami atau isteri serta berpindah ke tempat yang dekat dengan rumah mereka. Pemergian mereka semua adalah kerugian besar kepada sekolah, kerana masing-masing ada jawatan tertentu yang  mereka pegang.

AJK UNIT KOKO DI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM DI TELUK GOREK TAHUN 2009. CIKGU SHAFIE DAN ZURAIDA TERBABIT

AJK UNIT KOKO DI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI TELUK GOREK TAHUN 2009. CIKGU  SHAFIE DAN CIKGU ZURAIDA TURUT SERTA

Sebagai contoh Encik Shafie adalah Penyelaras Kelab/Persatuan, Cikgu Zuraida Penolong Setiausaha Unit Kokurikulum, Encik Ahmad Fadzil Ketua Panitia Bahasa Melayu, Puan Jule  Norazwin Guru Penasihat Keab Taekwando dan Puan Marini pula Guru Data sekolah.

Cikgu Fadzil akan ke Pekan, Pahang, Cikgu Zuraida ke Raub, Pahang, Cikgu Haslinda ke Perak, Puan Jule ke Melaka dan Puan Marini ke Kuala Lumpur. Cikgu Shafie pula berpindah ke rumah baru  di Seri Gading dan akan bertugas di sekolah di sekitar Seri Gading.

Sidang blog mengucapkan selamat bertukar kepada mereka semua dan menghargai komitmen mereka selama ini. Terima kasih!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to 6 ORANG GURU SMKPS BERTUKAR

  1. shafiq affendy says:

    semoga cikgu semua dpt terus kn kecemerlangan di sekolah baru

  2. nor afiqah says:

    tahniah atas cikgu2 sume..dan selamat bertukar ke sekolah lain…… : )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s