SPM 2010 – SMKPS MENCIPTA SEJARAH, MENDUDUKI TEMPAT KE 4 DI BATU PAHAT

PELAJAR CEMERLANG SPM 2010 BERSAMA PENGETUA DAN PENGERUSI PIBG SMKPS

Berita oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 26 Mac-  SMK Penghulu Saat berjaya  mencipta sejarah baru apabila berjaya menduduki tempat ke 4 daripada 25 buah sekolah dalam peperiksaan SPM tahun 2010 yang diumumkan kelmarin. Keputusan itu lebih baik daripada kedudukan ke 8 tahun 2009.

Lebih manis, 4 pelajar SMKPS berjaya memperoleh semua A. Mereka ialah Nadia Norlaila Mashudi (8A+ dan 2A), Siti Nabila Sakroni, Norafifah Selamat, dan Izzati Nabilah Hamid.

SMKPS juga berjaya meningkatkan lagi prestasi dalam gred purata sekolah (GPS) dengn mendapat 4.55, berbanding 4.97 pada tahun 2009.

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan jelas gembira dengan keputusan cemerlang itu. Beliau mengucapkan tahniah kepada guru dan pelajar, juga khusus kepada 4 pelajar cemerlang itu.

Beberapa subjek menunjukkan pencapaian memberangsangkan. Subjek Sains Teras mendapat kedudukan terbaik di Batu Pahat, manakala subjek Sejarah pula mencapai rekod baru iaitu 89.9 % kelulusan, meningkat sebanyak 11.90 % dan menduduki tempat ke 3 di Batu Pahat. Kenaikan itu adalah tertinggi untuk semua subjek di SMKPS.

Subjek Bahasa Inggeris juga menunjukkan prestasi baik, dengan meningkat sebanyak 10%. Bahasa Melayu pula, mencapai 99% di mana hanya seorang gagal Bahasa Melayu.

Kejayaan cemerlang SMKPS dalam peperiksaan SPM ini mendapat pujian ramai, khususnya pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran daerah Batu Pahat.

TAHNIAH  SMKPS!!!!!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKADEMIK SMKPS. Bookmark the permalink.

8 Responses to SPM 2010 – SMKPS MENCIPTA SEJARAH, MENDUDUKI TEMPAT KE 4 DI BATU PAHAT

  1. mashudi says:

    teruskan kecemerlangan anda. mengiringi di belakang adalah doa-doa dari kami guru-guru SMKPS

  2. SMKPS says:

    Pasum ialah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

  3. baizura says:

    pasum 2 ape?

  4. m.safie says:

    pasni masuk pasum ramai2 ea…

  5. shah mira says:

    tahniah smkps…!! semoge bertmbah cemerlng pada tahun akan datang,,insyaAllah

  6. baizura says:

    tahniah smkpa!!! dan tahniah juga buat adik sy mira yg mendpt kptsn yg baik!!!

  7. shafiq affendy says:

    tahiah SMKPS..tumpang bangga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s