KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMKPS 2011

Oleh :  Wartawan Blog

BATU PAHAT, 17 Mei, (SMKPS) – Hari Guru disambut meriah di SMKPS semalam. Acara yang dijalankan itu diadakan dari awal pagi hingga ke pukul 3 petang.

Pada awal pagi, majlis dimulakan dengan bacaan Al Mathurat, pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri. Majlis diikuti acara mendeklamasi Sajak  `Guru Oh Guru’ oleh Haji Ramlan Pit, acara nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Biarkan Aku Menjadi Lilin, acara pemotongan kek  dan pengambilan gambar guru untuk majalah sekolah.

Sebahagian besar guru mengenakan pakaian tema berwarna  merah hati, manakala kira-kira 10 guru  memakai pakaian sekolah bertemakan `Back To School’. Nampak ceria dan anggun!

Acara diteruskan dengan permainan Futsal untuk guru perempuan dan permainan bola jaring untuk guru-guru lelaki. Yang lucunya, guru lelaki bukan setakat bermain bola jaring sahaja, tetapi bermain bola keranjang, ragbi dan bola baling pada masa yang sama!

Seterusnya acara sukaneka, antara yang dijalankan ialah Mendandan Pelajar dan pertandingan Jangan Ketawa (Siapa yang tidak ketawa diisytihar pemenang) . Kemudian diikuti persembahan guru dan pelajar. Antara persembahan pelajar ialah lakonan kelas 5 Aktif, 5 Aman dan 4 Aman. Lagu `Baik-baik sayang’  (Nyanyian asal kumpulan  Ungu) oleh kelas 4 Aman  menyentuh perasaan.

Kemuncak persembahan ialah permainan keyboard oleh Haji Rahman Ithnain, antara lagunya ialah `Titanic ‘dan  `I Just Call To Say I Love You’,  nyanyian lagu `Words’ oleh Cikgu Mustaffa Siraj dan  persembahan lakonan  oleh guru-guru diketuai oleh Tuan Haji Ramlan – bertajuk `Majlis Pernikahan dan Peminangan’.  Pelajar dan guru terhibur dengan persembahan mereka.

Sambutan diakhiri dengan jamuan guru, yang ditaja oleh guru-guru yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) dan mendapat kenaikan DG.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan pada kali ini. SELAMAT HARI GURU!

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMKPS 2011

  1. shafiq affendy says:

    selamat hari guru cikgu-cikgu SMKPS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s