PERKHEMAHAN BERSEPADU KOKURIKULUM 2011

PESERTA DAN GURU BERGAMBAR KENANGAN

Oleh: Wartawan Blog
PEKAN NANAS, 7 JUN – Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SMK Penghulu Saat berjaya dilangsungkan bertempat di Kem Kaizen Gunung Pulai bermula Ahad dan berakhir petang tadi (5 hingga 7 Jun). Seramai 80 peserta dan 9 orang guru telah turut serta.
Sepanjang kem, pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah Sarang Labah-labah, Kembara Malam, Sungai Asid, Kembara Hutan, Menempuh Halangan Air, Blind Fold dan Malam Kebudayaan. Kuliah Subuh dan Maghrib turut dijalankan

PESERTA BERAKIT KE SEBERANG SUNGAI

Dalam Kembara Hutan, peserta terpaksa melalui kawasan berbukit dan anak sungai di sekitar Gunung Pulai. Ada antaranya laluan itu agak curam dan mencabar. Terdapat kumpulan yang tersesat sedikit dari laluan tetapi berjaya diselamatkan.
Dalam aktiviti Sungai Asid, peserta perlu bergerak dalam kumpulan untuk menapak ke garisan penamat dengan menggunakan 7 kepingan tikar getah kecil yang dibekalkan. Apabila kaki mereka terkeluar dari kepingan itu, mereka dianggap terbatal dan terpaksa mengulangi semula.
Aktiviti menempuh halangan air juga agak mencabar. Peserta perlu menempuh laluan berair seperti melalui jambatan gantung, titi tali, rakit,aktiviti bergayut dan melepasi terowong air. Walaupun mencabar kekuatan fizikal, kesemua peserta berjaya menyudahkan tugasan.
Peserta juga mengadakan  Malam Kebudayaan pada malam kedua. Setiap kumpulan mempersembahkan sketsa dan nyanyian yang menarik, yang menerapkan nilai murni seperti kegigihan dan kerjasama. Antara lagu yang dinyanyikan ialah `Baik-baik Sayang’ yang dipopularkan kumpulan Ungu. Guru pengiring turut membuat persembahan lagu seperti Biarku Menjadi Lilin, Fatamorgana dan Sepohon Kayu. Unggun api yang besar telah menerangi kawasan persembahan.
Sepanjang kem, peserta telah dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, diketuai oleh Tuan Sheikh Said Abdullah Al-Jabri, jurulatih Biro Tatanegara berpengalaman lebih 30 tahun dalam aktiviti LDK. Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Habib telah membimbing dan memberi input-input yang dapat menyedarkan para pelajar. Beliau dibantu barisan fasilitator Kem Kaizen, yang merupakan guru-guru motivasi sekitar daerah Pontian.
Di majlis penutup, Fakhrul Arif bin Ishak telah dipilih sebagai perserta terbaik lelaki manakala Nur Syafawani Md Salehan dipilih sebagai peserta terbaik perempuan. Kumpulan 2 telah diisytihar sebagai pemenang keseluruhan daripada 7 kumpulan.
Nurul Farha Yusuf, peserta kem, melahirkan rasa puas hati kerana kem tersebut berjaya memberi kesedaran kepadanya agar membaiki diri dan mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Menurutnya,  tempat kem diadakan sungguh cantik, kemudahannya lengkap dan para jurulatihnya sangat efektif dalam melaksanakan tugas.
Mohd Shahir Misnan pula gembira melaksanakan pelbagai aktiviti yang disusun oleh Kem Kaizen. Baginya, walaupun aktiviti sungguh mencabar, namun semua dapat dijalankan dengan memuaskan. Shahir mendapati para fasilitator begitu komited dan mesra dalam menjalankan tugas.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mustaffa Siraj jelas gembira atas kejayaan perkhemahan. Beliau berpuas hati dengan kerjasama rakan-rakan dalam Unit Kokurikulum, para jurulatih dan para peserta sepanjang kem berlangsung.

Menurut beliau lagi, suasana kehijauan dan  pengisian program yang padat lagi bermutu menjadikan perkhemahan kali ini begitu menyeronokkan kepada peserta dan guru pengiring. Menurutnya lagi, pada tahun  2007, perkhemahan di Gunung Ledang, tahun 2008 di Kem Nasuha Pagoh, 2009 di Teluk Gorek Mersing dan tahun lalu di kawasan sekolah sendiri. Beliau berharap para peserta dapat menghayati segala mesej dan aktiviti yang dijalankan demi kebaikan diri, sekolah, masyarakat dan negara.
-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s