KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PENGHULU SAAT 2011

Oleh: Wartawan Blog
LEDANG, 25 JUN – Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Penghulu Saat telah berjaya dijalankan di Taman Lagenda Gunung Ledang bermula Sabtu dan Ahad (18 hingga 19 Jun 2011). Seramai 74 orang  pengawas dan 11 orang guru telah terlibat dalam menjayakan kursus kali  ini.

PENGAWAS SMKPS BERGAMBAR KENANGAN

Sepanjang kem ini dijalankan, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang menjurus kepada pemupukan sifat kepimpinan, keberanian, keyakinan dan kerjasama dalam kalangan  pengawas.  5 slot team building telah didedahkan kepada mereka. Namun aktiviti yang paling mencabar ialah pelajar telah diuji dengan pendakian ke Gunung Ledang walau pun setakat  sampai ke Kolam Gajah iaitu kira-kira 700 meter daripada aras laut, kerana faktor kekangan masa dan jadual aktiviti yang padat. Di sepanjang pendakian itu, dapat dilihat pelajar saling bekerja sama dan tolong menolong di antara satu sama lain . Bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Pendakian bermula pada jam 8.00 pagi dan pulang semula pada jam 1.30 petang. Sepanjang pendakian, pelbagai cabaran dihadapi , antaranya laluan yang curam dan licin kerana hujan yang turun. Kehijauan persekitaran sepanjang pendakian telah memikat hati guru dan para pengawas yang menjalankan pendakian.

BARISAN GURU YANG SEDIA MEMBANTU

Menurut  Guru Penasihat Pengawas SMKPS merangkap pengarah projek, Puan Siti Noraini Bt. Abd Rahman program ini telah berjaya mencapai matlamatnya yang utama iaitu membina jati diri pelajar untuk menjalankan tugas yang lebih mencabar apabila berada di sekolah nanti. Bagi beliau, peranan pengawas sangat penting kerana mereka merupakan orang kedua terpenting selepas guru. Tanpa pengawas sukar untuk sekolah menggerakkan  pelbagai aktiviti

Bagi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Tuan Hj. Zainal Abidin Bin Musni pula, beliau amat berpuas hati dengan program dan aktiviti yang telah dijalankan. Cuma, tempoh masa selama 2 hari 1 malam tidak mencukupi untuk pelajar membina jati diri yang lebih unggul. Beliau berharap pada tahun hadapan program seperti ini dapat diteruskan lagi kerana ia sangat  memberi manfaat dan faedah kepada pelajar.

TAHNIAH buat pengawas yang telah berjaya menunjukkan semangat juang yang kental sepanjang kursus dijalankan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s