HARI KEUSAHAWANAN SMKPS 2011

AHLI KELAB KOPERASI DAN BARANG JUALAN MEREKA

oleh: Mustaffa  Siraj

BATU PAHAT, 30 JUN – Hari Keusahawanan SMK Penghulu Saat berjaya diadakan hari ini, dengan pembabitan Koperasi SMK Penghulu Saat, kelab dan persatuan serta beberapa peniaga di sekitar Parit Sulong. Pada masa yang sama , majlis Hari Terbuka dijalankan di kelas-kelas, di mana para ibu bapa berpeluang berbincang dengan guru tingkatan tentang prestasi anak-anak mereka.

Hari Keusahawanan  yang dilaksanakan sempena Hari Koperasi Sekolah  ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempraktikkan kebolehan untuk berniaga dan mengendalikan pelbagai selok-belok perniagaan. Antara barang yang dijual ialah burger, mi goreng, nasi lemak, aiskerim, keropok, jagung rebus,  kuih-muih dan aneka jenis minuman.
Sambutan daripada para ibu bapa, guru dan pelajar begitu baik, dan kebanyakan gerai dapat menghabiskan barang yang dijual dengan cepat.  Pada masa yang sama, jualan dan pameran buku diadakan di dewan sekolah, dan pelajar tidak melepaskan peluang membeli buku nota, ulangkaji dan latih tubi. Turut dijual ialah buku-buku bacaan umum dan alat tulis.

GERAI JUALAN BURGER DARIPADA UNIT BERUNIFORM BOMBA

Setiausaha Koperasi SMK Penghulu Saat , Puan Umi Kalthom Idham memberitahu, gerak kerja untuk menjayakan hari keusahawanan  dijalankan sejak tiga minggu yang lalu dan bersyukur segala-galanya berjalan lancar, tambahan pula cuaca  begitu baik pada hari ini.
Perjumpaan antara ibu bapa dengan guru berkaitan dengan prestasi akademik para pelajar juga berjalan lancar di kelas-kelas. Tema perjumpaan ialah `1 Hati SMK Penghulu Saat’ berjaya membuka mata ibu bapa supaya meningkatkan kepekaan terhadap prestasi akademik anak-anak mereka, juga dalam  aspek sahsiah dan kokurikulum.

Abdul Rahim Kasim, pelajar tingkatan 4 nyata gembira kerana berpeluang menjalankan perniagaan, iaitu burger. Walaupun penat, namun dia gembira dengan sambutan hangat para pelajar terhadap hasil jualannya.

Encik Mohd Khamsuldin Abdul Wahab, guru SMK Penghulu Saat berpuas hati dengan perjalanan Hari Keusahawanan dan Hari Terbuka, terbukti dengan kehadiran ibu bapa yang memuaskan serta sambutan baik kepada jualan yang diadakan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s