LAWATAN KE PALEMBANG, SUMATERA

FOTO DENGAN PENGAKAP BANTEN

Oleh: Mustaffa  Siraj

Pada 2 hingga 7 Julai 2011, saya menyertai 22  Penolong Kanan Kokurikulum Batu Pahat  ke Jambori Pengakap Seluruh Indonesia bertempat di Teluk Gelam, Sumatera Selatan. Kami meninggalkan Sepang dengan pesawat penerbangan Air Asia dan mendapati  Pengakap negeri Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan  turut ke sana.

Teluk Gelam terletak di utara Palembang, iaitu 3 jam perjalanan darat dari kota Palembang.  Kami dapati ada kira-kira 25,000 pengakap seluruh Indonesia telah berhimpun. Tapak jambori terbahagi empat, iaitu tapak perkhemahan, tapak aktiviti, gerai jualan dan kawasan pameran. Kawasan jambori sangat luas, iaitu 65 hektar.

Indonesia mempunyai 23 provinsi dan setiap provinsi/wilayah diwakili kira-kira 1,000 pengakap. Sebagai contoh,  pulau Jawa ada 3 provinsi, iaitu Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah. Untuk terpilih mewakili provinsi, pengakap perlu menjalani ujian khas dan jika berjaya, perlu menyediakan bayaran yuran peserta  sebanyak RM500. Bayaran itu tidak termasuk bayaran pengangkutan ke Palembang.

Di Indonesia, tidak banyak badan beruniform, jadi yang paling terkenal dan utama ialah Pengakap. Di sana, pengakap dipanggil Pramuka. Kami mengambil kesempatan melawat setiap bahagian di jambori dan mereka memberi sambutan hangat kepada kami, termasuk dijamu makan dan diminta bergambar bersama-sama.

DI KHEMAH PENGAKAP SUMATERA BARAT

Setiap khemah dihias indah dan menggambarkan ciri-ciri budaya  provinsi masing-masing. Sebagai contoh, pramuka dari Acheh siap membuat kubah dari kayu yang cantik bagi menggambarkan kawasan mereka yang banyak masjid  berkubah besar.

Antara pengisian jambori ialah diskusi isu alam sekitar, pemanasan global, kitar semula, pembangunan wilayah dan ancaman masyarakat dan dunia.  Ada tugasan yang diberi kepada kumpulan pengakap, misalnya membuat gajet, membuat persembahan, memasak makanan dan sebagainya.

Selain ke jambori, kami juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik. Kami dibawa melawat ke Bukit Siguntang, lokasi yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. Di situ ada makam raja-raja Palembang dan monumen yang dibina untuk menggambarkan peristiwa bersejarah di situ.

Kami juga melawat Pulau Mekaro, kawasan yang dikaitkan dengan legenda  Siti Fatimah. Dikatakan Siti Fatimah ini hidup pada abad ke 10 dan dia serta suaminya Tan Bon Ann  telah terjun ke laut kerna hendak mengambil peti hadiah yang telah  dibuang ke l;aut. Mengikut kepercayaan orang Cina Palembang, Pulau Mekaro dianggap keramat dan mereka mengadakan upacara keagamaan di situ.

Jambatan  Ampera merupakan jambatan yang merentasi Sungai Musi menuju kawasan sekitar menuju Bandar Lampong. Palembang sesak dengan penduduk, tambahan pula dengan  kunjungan peserta jambori. Seperkara lagi, Palembang bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA bulan November nanti.

Sepanjang berada di sana, saya dapat melihat kurangnya kemudahan asas. Misalnya, bekalan air dan elektrik amat kurang.   Ramai yang masih menggunakan sungai sebagai sumber air,  mandi-manda, tempat menangkap ikan  malah membuang air besar.  Rumah-rumah mereka agak kecil dan tidak bercat. Saya juga mendapati kurang sekali kemalangan jalan raya di sana. Nampaknya mereka lebih berhati-hati dan sabar di jalan raya.

Intihanya, pengalaman di Palembang amat menarik, berinformasi  dan berguna buat saya ke arah melengkapkan diri seya sebagai insan di maya pada ini!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s