15 GURU SMKPS BERJAYA MENDAKI GUNUNG LEDANG

Oleh :  Wartawan Blog

Guru-guru SMKPS bersedia menawan puncak Gunung Ledang

GUNUNG LEDANG – 16 Julai – 15  ahli Kelab Bilik Guru (KEBIRU) SMK Penghulu Saat telah  menyertai ekspedisi mendaki Gunung Ledang  dan berjaya mencapai misi ekspedisi malam ini. Gunung tertinggi di Johor dengan ketinggian 1,276 meter  (4,000 kaki) itu berjaya ditawan tepat jam 1.30 tengah hari.

Guru yang turut serta ialah Cikgu Mustaffa, Cikgu Sahri, Cikgu Khamsuldin, Cikgu Yahya, Cikgu Jais, Cikgu Mohd Khir, Cikgu Mashudi, Cikgu Yassin, Cikgu Zaidi, Cikgu Noraini, Cikgu Fariza, Cikgu Norazah, Cikgu Rosliza, Cikgu Farhana dan Cikgu Jenrita.

Setelah mengharungi perjalanan  bermula jam 8 pagi melalui 7 check point, iaitu Bukit Semput,Lagenda Trail, Bukit Orkid, Sungai Segi Tiga, Batu Hampar, Gua Kambing dan KFC Trail sebelum sampai ke puncak, kejayaan ini memberi kepuasan tersendiri kepada ahli ekspedisi. Semua ahli ekspedisi berjaya sampai kembali ke tapak kem menjelang  waktu Maghrib.

Menurut Ketua Ekspedisi, Encik Mustaffa Siraj , perjalanan ke puncak memang mencabar dan terpaksa menempuh kawasan yang curam, menuruni dan mendaki  bukit, memanjat kawasan berbatu  yang curam dan di penghujung pendakian, perlu menggunakan tali  dan tangga untuk mendaki.

Guru-guru berehat di pertengahan pendakian.

Menurutnya lagi, ahli ekspedisi telah membuat persiapan rapi sebelum mendaki dengan menyediakan diri untuk menghadapi pendakian yang mendera mental dan fizikal. Ada yang menjalani latihan fizikal dan joging secara bersendirian. Sebagai gunung tertinggi di Johor, gunung Ledang dianggap gunung yang ke 5  dari segi darjah kesukaran untuk mendaki di Malaysia Barat.

Sambungnya, check point Batu Hampar memang amat mencabar kerana ahli ekspedisi perlu melepasi kawasan bongkah batu  besar dengan kecuraman 75 darjah sejauh 110 meter. Mereka perlu memanjat dengan menggunakan tali  yang disediakan, dan jika tersilap langkah, gaung menanti di bawah. Laluan KFC (Killing Fitness Centre) juga amat mencabar dan pendaki perlu berhati melalui kawasan berbatu dengan menggunakan tangga.

Ahli ekspedisi telah bermalam di pondok dan chalet Taman Lagenda Gunung Ledang bagi memberi mereka kerehatan sebelum mendaki.  Beliau berpuas hati  dengan perkhidmatan yang disediakan oleh  MOI Training Taman Lagenda. Sepanjang pendakian, ahli ekspedisi dapat melihat kehijauan hutan taman negara yang masih terpeihara , air sungai yang jernih dan dingin dan pelbagai spesies tumbuhan yang unik.

Kejayaan aktiviti ini telah menyemarakkan semangat ahli ekspedisi untuk menjayakan ekspedisi seterusnya pada masa depan. Sambungnya, perancangan dibuat untuk mengadakan ekspedisi Gunung Tahan atau Gunung Kinabalu dalam masa terdekat.

Tahniah kepada ahli ekspedisi yang berjaya mencapai misi!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s