SMKPS MERAIKAN PERTUKARAN PENGETUA

Amanat terakhir...Pn Hjh Salbiah sedang menyampaikan ucapan..

 

Oleh: Warga blog

BATU PAHAT, 20 Julai – Pengetua SMK Penghulu Saat, Puan Hajah Salbiah Maskan, yang bertukar ke SMK Dato Onn, diraikan dalam majlis pertukaran beliau di dataran Kejat pagi tadi. Majlis dihadiri Pengerusi PIBG, Encik Arif Othman, Pegawai Perhubungan Polis SMKPS,  Tuan ASP Rosman Khamsaton, guru-guru dan pelajar.

Puan Hajah Salbiah memulakan tugas di SMKPS pada bulan Oktober 2005. Sebelum itu beliau bertugas di SMK Seri Medan dan SMK Tanjung Adang, Johor Bahru. berkelulusan Sarjana Muda Sains dari UKM tahun 1980 ini mempunyai 9 orang anak, iaitu 2 perempuan dan  7 anak lelaki. Suaminya telah meninggal dunia.

Dalam ucapannya, Puan Hajah Salbiah melahirkan rasa gembira dapat berkhidmat di SMKPS selama 6 tahun (2005-2011) dan meletakkan SMKPS  di tangga ke 4 dalam keputusan SPM daerah Batu Pahat 2010. Beliau mengakui SMKPS mempunyai barisan guru yang komited, bekerja keras  dan mampu mengangkat prestasi sekolah ke arah yang lebih baik.

Pengerusi Kelab Bilik Guru, Encik Norazam Ahmad dalam ucapannya menegaskan, sebagai bekas guru di sekolah lain, beliau nampak bahawa sekolah lain menghormati pencapaian SMKPS dalam kurikukulum dan kokurikulum. Pastinya semua itu  dengan dokongan kuat mantan pengetua  SMKPS itu.

Majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi oleh 2 pelajar, yang menggalurkan sumbangan dan peranan Puan Hajah Salbiah selama ini, serta melahirkan harapan agar hubungan yang sedia terjalin, terus dipertahankan. Sajak itu juga memohon doa dan restu daripada Puan hajah Salbiah ke arah  kejayaan pelajar SMKPS.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah. Pentadbir, Unit HEM, Unit Koku, Panitia matapelajaran serta kelas-kelas menyampaikan hadiah kepada beliau, sebagai tanda  penghargaan. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman antara pelajar dengan Puan Hajah Salbiah.

Di sebelah petang, Kelab Bilik Guru SMKPS meraikan pertukaran beliau dalam  satu majlis jamuan bertempat di kantin SMKPS.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to SMKPS MERAIKAN PERTUKARAN PENGETUA

  1. shafiq affendy says:

    jasa pn salbiah pd saya ttp saya kenang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s