MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI

Warga Blog SMKPS

BATU PAHAT, 29 Julai – Majlis pelancaran Program Sekolah Lestari  peringkat SMKPS diadakan pagi ini, disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan SMK Penghulu Saat, Encik Razak Othman bertempat di Dataran Kejat.

Banner Perasmian Sekolah Lestari

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Pauzan Wan. Seterusnya ucapan Penyelaras Program, Encik Mohd Khamsuldin B Abd Wahab. Antara lain beliau menjelaskan  tentang objektif dan matlamat program, di samping menghuraikan empat komponen utama program, iaitu komponen Pengurusan, Kurikukulum, Kokurikulum dan Penghijauan.

Menurutnya kesedaran tentang penjagaan alam sekitar perlu diterapkan dalam kalangan pelajar. Maka kempen kitar semula, pewujudan 13 stesen, langkah penjimatan elektrik dan air paip, penanamam pokok, informasi alam sekitar dan  langkah mengadakan semula pertandingan kelas terbersih telah beliau sentuh untuk dilaksanakan.

Pelajar dan guru khusyuk mendengar ucapan Penyelaras Projek iaitu En Mohd Khamsuldin b. Abd Wahab

Pelajar dan guru khusyuk mendengar ucapan Penyelaras Projek iaitu En Mohd Khamsuldin b. Abd Wahab

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Encik  Razak B. Othman. Beliau menekankan tentang betapa perlunya kesedaran penjagaan alam sekitar, tambahan pula lapisan ozon kian menipis, kesan rumah hijau kian dirasakan dan tahap pencemaran yang kian serius dewasa ini, berbanding semasa beliau di bangku sekolah.

Sebagai gimik pelancaran , acara menanam pokok dijalankan, tanda keprihatinan sekolah dalam usaha menghijaukan persekitaran sekolah. Seterusnya persembahan pelajar, iaitu deklamasi sajak bertajuk` Lestari Alam Ke akhir Masa’ oleh Mohd Asyraf dan Najihah Raihanah – yang membawa mesej kesedaran menjaga alam.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu `Hijau’, yang dipopularkan oleh Zainal Abidin. Lirik yang sarat mengandungi mesej penjagaan alam itu membangkitkan kesedaran kepada guru dan pelajar untuk sama-sama melastarikan alam sekitar.

En Razak Othman menanam pokok sebagai simbolik upacara perasmian sekolah lestari

Selain kewujudan 13 stesen alam sekitar, pelbagai aktiviti akan disusun. Kesemuanya dijalankan berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian masa.

Semoga Sekolah Lestari mampu menjana warga sekolah ke arah alam yang lebih bersih, hijau dan terurus !

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s