AMANAT ENCIK MOHSIN IBRAHIM, PENGETUA BARU SMKPS

ENCIK MOHSIN IBRAHIM

Warga Blog SMKPS

BATU PAHAT, 12 OGOS – Pengetua baru SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim bukan orang baru dalam dunia pendidikan di Batu Pahat. Beliau telah berkhidmat di beberapa sekolah, termasuk SM Sains Johor di Kluang. SMK Dato Sulaiman,SMK Dato Menteri, SMK Tunku Putera dan terakhir sebagai Timbalan Pegawai Pelajaran Batu Pahat.

Ketika menyampaikan  taklimat pertamanya sebagai Pengetua SMKPS kelmarin, beliau melahirkan rasa gembiranya kerana dapat berkhidmat di SMKPS. Menurutnya, SMKPS mempunyai beberapa kelebihan, antaranya sekolah satu sesi,  kedudukan skor komposit  nombor 422  daripada lebih 2,000 sekolah di seluruh negara (nombor  ke 6 di Batu Pahat), pelajarnya semua keturunan Melayu dan mempunyai kelompok guru yang berdedikasi .

Menurutnya, dalam peperiksaan SPM 2010, SMKPS menduduki tempat ke enam dan pencapaian ini dikira cemerlang kerana SMKPS tiada kelas Rancangan Khas.  Maka Encik Mohsin mahu berusaha meneruskan kecemerlangan sekolah di bawah pengetua lama, Puan Hajah Salbiah Maskan.

Beliau mahukan guru-guru memikirkan cara-cara terbaik untuk meningkatkan prestasi pelajar. Dalam hal itu beliau menekankan supaya guru-guru mengamalkan budaya kerja berpasukan, bukan bekerja sebagai   individu. Beliau akan cuba mencurahkan pengalamannya  untuk membantu guru-guru bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Beliau mahu warga sekolah meneruskan amalan 3S – Senyum Sapa dan Salam, tetapi dalam masa yang sama, perlu ditambah dengan 5S, yang menekankan amalan Susun, Sisih, Sapu, Sentiasa Amal dan Seragam (yang diambil daripada amalan masyarakat Jepun)  , atau dengan kata lain, menekankan kebersihan dan keceriaan bagi mewujudkan budaya yang sihat. Sehubungan dengan itu, pertandingan kelas terbersih akan diadakan  sebagai sokongan kepada Program Sekolah Lestari.

Sambungnya lagi, beliau mengalu-alukan cadangan dan pendapat guru-guru  ke arah kebaikan sekolah. Perkongsian maklumat dan idea secara sihat akan digalakkan.

Semoga SMKPS terus meniti kecemerlangan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to AMANAT ENCIK MOHSIN IBRAHIM, PENGETUA BARU SMKPS

  1. shafiq affendy says:

    Tahniah SMKPS. Semoga SMKPS terus Maju Jaya…

  2. ramleewahab says:

    Tahniah!
    Selamat Menjalankan Tugas dan Tanggungjawab dengan Penuh Dedikasi, En.Mohsin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s