JAMUAN GURU SMK PENGHULU SAAT 2011

Warga Blog SMKPS

Barisan guru yang hadir pada jamuan Malam Titipan Kasih

Batu Pahat, 25 Oktober – Jamuan untuk guru-guru  telah berjaya dijalankan dengan meriahnya di Dewan SMK Penghulu Saat. Majlis bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 11.00 malam. Bertemakan “Retro” 50 an, 60 an, 70 an, 80 an dan 90 an pelbagai aksi dan gelagat guru-guru dapat dilihat di sepanjang majlis ini dijalankan.

Keserasian pengacara yang mantap iaitu Pn Mazni Bt. Sanusi dan Tn Hj. Ramlan B. Pit menggamatkan suasana majlis

Menurut Pengerusi Kebiru, En Norazam Bin Ahmad, tema tersebut dipilih kerana ingin mengimbau kembali nostalgia dan kenangan lama terutamanya bagi guru-guru senior yang telah lama berkhidmat dan menabur bakti di SMK Penghulu Saat. Objektif utama jamuan ini diadakan ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara guru di samping menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan guru-guru mendidik pelajar SMK Penghulu Saat di sepanjang tahun 2011. Beliau juga mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Pengerusi KEBIRU, En. Norazam B. Ahmad bergaya dengan basikal retro

Pengetua SMKPS pula iaitu En. Mohsin Bin Ibrahim pula dalam ucapannya begitu bangga dengan kerjasama dan komitmen guru-guru dalam menjayakan apa saja program di sekolah ini. Beliau begitu menitikberatkan kerja sepasukan di kalangan guru yang mana ia dapat membentuk satu team yang mantap. Beliau juga berasa terkejut dan teruja dengan sikap “sporting” guru-guru yang memperagakan pakaian ala retro pada malam tersebut.

Guru-guru SMKPS dengan gaya retro bersahaja mendendangkan lagu 50-an

Antara program yang dijalankan sepanjang majlis tersebut ialah acara cabutan bertuah. Keunikan acara ini ialah semua guru SMKPS layak mendapat hadiah dan kemudian disusuli dengan 10 lagi cabutan yang paling bertuah yang hadiah-hadiahnya sungguh lumayan. Bagi memeriahkan majlis, guru-guru dijemput untuk berkaraoke dan sambutannya sangat menggalakkan.

En. Md. Azmi bersama pengetua bergaya dengan hadiah utama yang dimenanginya.

Tahniah buat AJK Kebiru SMKPS yang telah berjaya melaksanakan program dan aktiviti Bilik Guru untuk tahun 2011 dengan jayanya.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKADEMIK SMKPS. Bookmark the permalink.

2 Responses to JAMUAN GURU SMK PENGHULU SAAT 2011

  1. shafiq affendy says:

    menariknye…cikgu ramlan segak betul…

  2. xiduh11x says:

    kenapa gambar aku hitam putih, harga warna mahal ke?.. tak sangka pula aku ada kat pentas untuk menyanyi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s