PENYERAHAN PERUNTUKAN SEKOLAH LESTARI – RAKAN ALAM SEKITAR 2011

Warga Blog SMKPS

Batu Pahat, 14 Oktober – Program Penyerahan Peruntukan Program Sekolah Lestari ini telah dijalankan di Dewan SMK Penghulu Saat pada jam 3.00 petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noraini Bt. Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong).

Ucapan perasmian oleh Dato' Noraini Bt. Ahmad (Ahli Parlimen Pt. Sulong)

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk menyerahkan peruntukan sebanyak RM 5 000 kepada beberapa buah sekolah Menengah dan Rendah di sekitar Daerah Batu Pahat. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Penghulu Saat, SMK Dato Onn, SMK Semerah, SMK Sri Medan, Sk Seri Laksana dan SK Bagan.

 

Program ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab (KP Geografi ) dan dibantu oleh  Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program tersebut.  Antara intipati ucapan Pengetua SMK Penghulu Saat iaitu En. Mohsin Bin Ibrahim beliau mengatakan program Sekolah Lestari ini dinilai daripada empat aspek utama iaitu Kurikulum, Ko Kurikulum, Penghijauan dan Pengurusan. Beliau amat mengharapkan agar warga sekolah dapat mempraktikkan amalan lestari ini di dalam kehidupan seharian. Antara amalam yang patut diamalkan ialah membawa sapu tangan sendiri, guna pen isi semula, pasang lampu dan kipas mengikut keperluan dan lain-lain.

Upacara menanam pokok sebagi simbolik perasmain Sekolah Lestari

Manakala ucapan perasmian Dato’ Noraini Bt. Ahmad pula, beliau berharap peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan program dan aktiviti Sekolah Lestari – Rakan Alam sekitar 2011 – 2012. Beliau mahukan amalan kitar semula ini patut dibentuk dan dipraktikkan sejak dibangku sekolah lagi agar bumi dapat diselamatkan untuk kegunaan generasi akan datang. Sebagai gimik perasmian, upacara penanaman pokok telah dijalankan sebagai tanda sokongan kempen penghijauan bumi.

Barisan AJK program bergambar kenangan bersama YB Dato' Noraini Bt Ahmad

Pihak Panitia Geografi SMK Penghulu Saat, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini terutamanya kepada pihak YB Dato’ Noraini Bin Ahmad, Pengetua dan Guru Besar yang terlibat serta guru-guru SMK Penghulu Saat yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan majlis ini.

-SMKPS

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s