SMKPS JOHAN BOLA BALING L15 & P15 DAERAH BATU PAHAT 2011

Oleh: Warga Blog

BATU PAHAT 3 November  (SMKPS) – SMKPS muncul juara  kejohanan Bola Baling Lelaki & Perempuan 15 tahun peringkat daerah Batu Pahat yang berakhir hari ini.

Pasukan Bola Baling Lelaki 15 bersama jurulatih pasukan En. Hatta Munshi B. Mohsin dan En. Norhisham B. Khalid

Dalam perlawanan akhir, pasukan lelaki berjaya menewaskan  SMK Banang Jaya 1-0 dalam perlawanan yang sungguh sengit dan mendebarkan. Gol kemenangan hanya berjaya diperolehi pada  3 minit masa terakhir separuh masa kedua. Manakala pasukan perempuan berjaya mengalahkan SMK Sri Medan pada perlawanan akhir dengan jaringan 2-0.

Pasukan Perempuan bergambar kenangan bersama Pengetua SMKPS En. Mohsin B. Ibrahim

Ini merupakan sejarah bagi SMK Penghulu Saat kerana berjaya membolot 2 kategori sekali gus dan seterusnya berjaya membawa pulang trofi Juara Keseluruhan. Jurulatih L15 iaitu En. Norhisham B. Khalid berkata, beliau begitu berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Baginya segala penat lelah selama ini telah berjaya membuahkan hasil yang lumayan . Beliau berharap agar pasukan SMKPS terus digeruni dalam sukan bola baling ini.

Pengetua berdebar menyaksikan perlawanan akhir antara SMKPS dengan SMK Banang Jaya

Di pertandingan pusingan awal hingga ke akhir, pertemua pertama mencatat keputusan seri 4-4 dengan SMK Syed Esa, kemudian menewaskan SMK Semerah 3-1. Di peringkat suku akhir SMKPS menewaskan SMK Dato Sulaiman 3-1, separuh akhir menewaskan SMK Senggarang 5-2 dan perlawanan akhir menewaskan SMK Banang Jaya 1-0.

Aksi sengit perlawanan akhir antara SMK Penghulu Saat dan SMK Banang Jaya

Pasukan P15 pula tidak kurang juga hebatnya sebelum bergelar juara. Ini menyaksikan pasukan perempuan berjaya mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut (2008-2011). Ini merupakan rekod gilang gemilang yang dicatatkan oleh pasukan P15 SMK Penghulu Saat. Jurulatih pasukan iaitu En. Mashudi Bin Said berkata latihan intensif yang dijalankan telah berjaya memantapkan pasukan SMK Penghulu Saat. Menurutnya lagi, semangat berpasukan dan berjuang hingga ke titisan peluh terakhir menjadi kunci dan nadi kejayaan pasukannya.

SMK Penghulu Saat JUARA Bola Baling L15 dan P15 Daerah Batu Pahat.

Kami warga SMKPS mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH buat pasukan Lelaki dan Perempuan Bola Baling SMKPS. Anda telah mengharumkan nama sekolah.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

4 Responses to SMKPS JOHAN BOLA BALING L15 & P15 DAERAH BATU PAHAT 2011

  1. faz says:

    Congratulation, I really proud even though I’ve left the school for almost 11 years.

    Keep-up going..keep continue

  2. shafiq affendy says:

    tahniah SMKPS

  3. mashudi says:

    tahniah.. teruskan di tahun-tahun hadapan

  4. xiduh11x says:

    cikgu cukup suka dengan lagu yang kau orang nyanyikan setiap kali lawan.. “inilah dia rentak juara..” terima kasih kepada yang mencipta lagu ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s