RESTU ILMU PELAJAR TINGKATAN 5

Warga Blog SMKPS

ucapan wakil pelajar, Mohamad Haziq B. Mohd Zin

BATU PAHAT, 11 November – Majlis restu ilmu untuk pelajar SMK Penghulu Saat telah berjaya dilaksanakan pagi ini di Dewan Sekolah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11. 00 pagi. Program telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah kelolaan En. Mohd Jais B. Abu Bakar, En. Norazam B. Ahmad dan Pn. Mazni Bt. Sanusi.

Seramai 208 pelajar Tingkatan 5 akan memulakan perjuangan di  medan peperiksaan apabila  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula pada 14 November ini. Atur cara majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar iaitu Mohd Haziq Bin Mohamad Zin . Dalam ucapannya beliau mewakili pelajar memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan selama berada di SMK Penghulu Saat. Beliau mengharapkan restu dan doa daripada semua guru.

Ucapan wakil guru Tn Hj. Sharuddin B. Samsuri

Seterusnya ucapan wakil guru yang disampaikan oleh Tn Hj. Sharuddin B. Samsuri. Sebagai wakil guru beliau mengharapkan agar pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM tahun ini. Di samping itu, beliau mahu pelajar menjaga diri, kesihatan dan makan minum  sepanjang peperiksaan berlangsung.

Ucapan YDP PIBG En Mohd Arif B. Osman

Ucapan wakil Ibu bapa pula disampaikan oleh YDP SMK Penghulu Saat iaitu En, Mohd Arif Bin Osman. Popular dengan gelaran ayahanda beliau mahukan pelajar membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa dengan menghadiahkan keputusan yang terbaik. Sebagai anak kampung beliau mahukan para pelajar mengubah nasib diri supaya menjadi manusia yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Upacara kemuncak ialah ucapan pengetua SMK Penghulu Saat iaitu En. Mohsin Bin Ibrahim. Sebagai pengetua yang baru beliau mengharapkan agar pelajar dapat membuat kejutan dalam peperiksaan kali ini. Beliau mahu agar SMK Penghulu Saat setanding dengan sekolah-sekolah yang hebat di Batu Pahat. Target pada tahun ini ialah 5 orang pelajar SMKPS mendapat keputusan 10A1 dan semua itu tidak mustahil untuk direalisasikan. Beliau mendoakan agar pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Kami warga SMKPS mendoakan agar pelajar Tingkatan 5 dapat menjawab semua soalan dengan baik, lancar dan seterusnya berjaya meletakkan SMKPS di persada negeri Johor.

 

 

Barisan guru Tingkatan 5 yang bersedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Kepada barisan guru SMK Penghulu Saat, teruskan usaha murni anda mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Anda memang hebat.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to RESTU ILMU PELAJAR TINGKATAN 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s