CATATAN PERJALANAN HAJI 1432H

BAITULLAH DIAMBIL FOTO DARI TINGKAT 3 MASJIDIL HARAM

Oleh: Mustaffa  Siraj

Saya dan isteri adalah antara 28,000 jemaah Haji Malaysia yang berpeluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Kami berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Senai pada 11 oktober dan setelah berada kira-kira 8 jam dalam pesawat MH 8233 MAS pada ketinggian 10,000 meter, kami selamat sampai di Jeddah dan kemudian terus ke Madinah.
Kami berada di Madinah selama 9 hari. Syukur kepada Allah, kerana kami dapat menyempurnakan 40 waktu solat berjemaah di Masjid Nabawi. Kami beberapa kali berpeluang berdoa dan bersolat di Raudhah, salah satu tempat yang dikatakan makbul berdoa.  Kami juga menziarahi Makam Rasulullah (SAW). Terasa sebak di hati semasa di situ. Terkenang keperibadian dan pengorbanan Baginda.

JEMAAH HAJI DI HADAPAN MASJID NABAWI, MADINAH

Madinah sebuah bandar yang bersih dan tersusun. Kami menginap di Hotel Al-Haram yang terletak hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Bersebelahan Masjid, ada Perkuburan Baqi’, di mana ramai sahabat Nabi dikebumikan di sana. Semasa di Madinah, kami sempat mengunjungi Masjid Quba`, Jabal Uhud dan pasar kurma.
Setelah 9 hari di Madinah, kami bergerak ke Makkah. Kami miqat di Masjid Abyar Ali, masuk ke Makkah untuk bertawaf dan bersai`e. Hari-hari seterusnya kami solat berjemaah di Masjidil Haram, iaitu 750 meter dari hotel penginapan kami, Abraj Al-Janadariyyah.
Apabila sampai hari Wukuf, kami bergerak menuju padang Arafah. Kami tinggal di khemah dan bermalam di situ. Hari esoknya dipenuhi dengan amal ibadat, pada tengah hari ada khutbah Arafah dan pada sebelah petang kami menyambung aktiviti berdoa dan beramal ibadat. Suasana menjadi hening dan syahdu.Masing-masing tenggelam dalam kekhusyukan.

FOTO KAMI DI TEMPAT MABIT, MUZDALIFAH

Pada sebelah malam, kami menuju ke Muzdalifah untuk bermabit (bermalam). Bayangkan lautan manusia yang dianggarkan 3 juta orang, beribadat atau tidur di kawasan lapang berbumbungkan langit. Memang dingin, tanpa bantal dan selimut.
Pagi esoknya kami ke Mina untuk aktiviti melontar Jamrah. Jarak perjalanan dari khemah penginapan Mina dengan tempat Jamrah ialah 3.5 kilometer. Bermakna setiap kali melontar, perjalanan pergi dan balik, kami berjalan kaki sejauh 7 kilometer. Pada hari pertama melontar Jamrah Kubra, manakala hari kedua hingga ke empat, kami melontar di Jamrah  Wusta, Sughra dan Kubra. Kami bersama lautan manusia pelbagai negara bergerak beramai-ramai. Memang sesak dan berhimpit-himpit.
Di Mina, kami tinggal dalam khemah beramai-ramai. Kami makan dan tidur di situ. Hubungan kemesraan dapat dibina. Kami berkongsi kawasan penginapan dengan warga Thailand dan Indonesia. Bilik air pula, 10 bilik air untuk 2,500 jemaah. Mencabar betul! Tetapi kami redha.
Selesai melontar, kami bergerak ke Makkah untuk Tawaf  Ifadhah, tetapi kami dinasihatkan supaya melewatkan aktiviti itu kerana jemaah haji terlalu padat dan bimbang keselamatan kami. Bayangkan kalau berlaku rempuhan dan kita terjatuh, silap-silap kita dipijak.

MENARA JAM MEKAH

Pada ketika itu, dianggarkan ada 5 juta jemaah berada di Makkkah. Kesesakan di mana-mana. Polis Arab saudi mengawal ketat Masjidil Haram, dan jika kesesakan begitu teruk, beberapa laluan ke Masjidil Haram telah ditutup. Setelah dua  hari, kami berjaya melakukan Tawaf Ifadhah. Hari-hari berikutnya dapatlah kami melakukan Umrah Sunat. Kami pergi ke Tanaim, tempat miqat, kemudian bertawaf dan bersai`e.
Kami berpeluang meninjau sekitar Makkah. Restoran milik FELDA, D’ Saji di Safwa Tower berdekatan Menara Jam Makkah telah kami kunjungi sebanyak 2 kali. Ada dijual  menu Malaysia seperti roti canai, nasi campur, mi goreng dan lontong. Terubat rindu makanan Malaysia!
Terdapat acara lawatan yang diaturkan untuk kami. Kami pergi ke Jeddah dan melalui kawasan perkuburan Siti Hawa. Kami juga mengunjungi 2 buah masjid di sana di samping makan tengah hari di Restoran Shami, yang menyajikan makanan Iran. Lazat juga nasi berlaukkan kari ayam di situ.
Acara lawatan juga di atur ke Jabal Rahmah, tempat pertemuan  semula Nabi Adam dan Siti Hawa.  Di situ boleh menunggang unta, jika mahu. Kami juga mengunjungi Jabal Thur, tempat Rasulullah beribadat.  Kalau hendak mendaki, memakan masa 4 jam. Memang mencabar, sebab bukitnya curam dan berbukit batu. Kalau jatuh, memang bahaya kepada diri.

Kami juga berpeluang membeli-belah di sekitar Makkah. Menariknya, ramai peniaga Arab tahu asas perbualan dalam Bahasa Melayu, malah ada yang boleh berbual dengan kita. Kami juga mendapati ramai keturunan Indonesia bekerja dan membuka perniagaan. Terdapat restoran Indonesia yang menjual bakso, gado-gado dan mi goreng.
Nilai tukaran wang ialah 100 Riyal bersama RM87. Di hotel penginapan kami ada perkhidmatan pengeluaran wang Tabung Haji. Jadi senanglah untuk mengeluarkan wang kami.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga menunaikan Fardu Haji dan sempat singgah di tempat penginapan kami. Kami juga bersua dengan Dato Nooh Gadut, bekas Mufti Kerajaan Johor. Salah seorang petugas Tabung Haji ialah Haji Zamri Zainal Abidin, yang juga seorang penerbit di Radio IKIMfm. Kami juga diberitahu Ebby Fana turut menunaikan Fardu Haji. Saya juga dapat berjumpa dengan saudara Najib Hanif, penyanyi tahun 1980-an yang  terkenal dengan lagu Demi Cinta Ini.
Selama tempoh 45 hari di Tanah Suci, pelbagai pengalaman menarik dilalui. Beribadat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, membina persahabatan, mengalami demam dan batuk, berjalan kaki, tidur di tempat terbuka di Muzdalifah, tidur dalam khemah di Arafah dan Mina, bersesak-sesak bertawaf serta bersai`e dan seribu satu pengalaman lain.
Saat hampir meninggalkan Makkah, kami bertawaf Wida’. Memang mengharukan. Selepas bertawaf, kami titipkan doa. Kami pandang Baitullah untuk kali terakhir dan dalam hati, kami bertekad untuk datang lagi. Pada malam itu, kami bergerak ke Madinatul Hujjaj, Jeddah. Kami bermalam di situ sementara menunggu penerbangan balik ke Malaysia.
Esoknya, kami bergerak ke Lapangan Terbang Jeddah. Bersama 450 jemaah, kami melangkah ke dalam pesawat untuk kembali ke tanah air. Setelah 45 hari, baru perasaan rindu akan kampung halaman menjentik hati kami. Kami disambut meriah oleh kaum keluarga di Lapangan Terbang Senai apabila mendarat jam 10 pagi 24 November.
Kini, Tanah Suci tinggal dalam kenangan. Meski begitu, jauh di sudut hati kami, tersimpan hasrat membara untuk kembali semula. Bagi sesiapa yang pernah ke sana, perasaan yang sama dialami. Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Raudhah, Baitullah, Safa dan Marwah menggamit nurani kami. Ya Allah, sampaikan hajat kami untuk ke sana lagi.. Amin.
Meski kami telah bergelar Haji dan Hajah, bukan gelaran itu yang kami dambakan. Kami mahukan Haji Mabrur. Kami mahu membuat perubahan pada diri sendiri, ke arah menjadi insan yang lebih baik, lebih mengabdikan diri kepada-Nya. Semoga Allah memakbulkan doa kami…
Sekian, catatan pertama saya.Jumpa lagi. Wassalam

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

8 Responses to CATATAN PERJALANAN HAJI 1432H

  1. shafieebasri says:

    mohon izin utk copy artikel ini. terima kasih

  2. I’m impressed, I must say. Rarely do I encounter a blog that’s both
    educative and entertaining, and let me tell you, you have hit the nail on the
    head. The problem is something which not enough folks are speaking intelligently about.
    Now i’m very happy that I stumbled across this during my search for something concerning this.

  3. Good day! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where I could find a captcha plugin for my comment form?
    I’m using the same blog platform as yours and I’m
    having trouble finding one? Thanks a lot!

  4. Having read this I thought it was really informative.
    I appreciate you spending some time and effort to
    put this information together. I once again find myself spending way too much time both reading
    and posting comments. But so what, it was still worthwhile!

  5. Wonderful article! This is the kind of information that should
    be shared around the web. Shame on the seek engines for no longer positioning this put up upper!
    Come on over and talk over with my website . Thanks =)

  6. Allen says:

    I don’t know if it’s just me or if everyone else experiencing problems with your blog.
    It appears as if some of the written text on your content are running off the screen.
    Can somebody else please provide feedback and let me know if this is happening
    to them too? This may be a problem with my web browser because
    I’ve had this happen before. Kudos

  7. SMKPS says:

    Waalaikumsalam..Silakan

  8. R says:

    Assalamualaikum,
    nice blog,
    mohon izin untuk copy pictures holyland makkah

    thanks
    R

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s