PMR: 8 PELAJAR MENDAPAT 8A

Oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 22 Disember – 8 orang pelajar SMK Penghulu Saat mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2011 yang baru diumumkan pagi ini, bilangan yang sama berbanding tahun 2010.  Peratusan sekolah pula 73.71%, meningkat daripada 72.09% pada tahun 2010.

Mereka yang mendapat 8A ialah Mohd Izzat Hashim, Nazila Najwa Iskak,Nur Nasrin Mohd Nasri, Nursyafiqah Zakaria,Nurul Aiza Zukefli, Nuratikah Razip,M Salehudin Abd Aziz dan  Siti Afifah Kadian. 8 orang pelajar lagi mendapat 7A1B.

PELAJAR 8A, NURUL AIZA ZUKEFLI MENERIMA SLIP PEPERIKSAAN DARI EN MOHSIN

Menurut Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim, gred purata sekolah ialah 2.56, menunjukkan peningkatan berbanding 2.65 tahun 2010. Kenaikan 0.09 mata meneruskan pola peningkatan sejak bebeberapa tahun lalu dan beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya, guru-guru yang bertungkus-lumus membimbing pelajar dan ibu bapa yang turut memberi sokongan.

NURSYAFIQA ZAKARIA, PELAJAR 2A UPSR INI MENDAPAT 8A DALAM PMR

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to PMR: 8 PELAJAR MENDAPAT 8A

  1. wan nur lailan nafila bt .w.rosman says:

    semoga terus berusaha lagi key……….aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

  2. wan nur lailan nafila bt .w.rosman says:

    nak tgk bleh?

  3. cikgu adilah says:

    tahniah buat pelajar-pelajar yang mendapat 8A..teruskan usaha lagi yer..cikgu adilah

  4. faridzuan says:

    mne gmbo yg rmai2???
    xder pownn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s