SESI PERSEKOLAHAN 2012 DIBUKA SEMULA

Pelajar dan guru SMKPS bersemangat memulakan hari pertama persekolahan 2012

Oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 4 Januari – Sesi persekolahan 2012 dibuka semula pada hari ini dengan  kehadiran semua guru dan pelajar setelah bercuti kira-kira dua bulan. Dapat dilihat guru serta pelajar bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun 2012. Ini menunjukkan komitmen yang jitu di kalangan warga SMKPS.

Barisan guru lelaki yang segak dan tampan

Pada minggu lalu, telah disempurnakan mesyuarat guru kali pertama untuk tahun 2012. Dalam amanatnya, Encik Mohsin B. Ibrahim , Pengetua SMKPS menekankan tentang betapa pentingnya gerak kerja sepasukan, melakukan inovasi dan kreativiti serta  memantapkan sumbangan peribadi baik dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

Barisan guru perempuan yang menawan dan ceria

Pagi ini, dilangsungkan perhimpunan pelajar di Dataran Kejat. Puan Mazni Sanusi , Kaunselor SMKPS memulakan acara dengan memperkenalkan 8 orang pelajar SMKPS yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. ASP  Rosman Kamsatun, Pegawai Perhubungan Polis SMKPS pula meneruskan acara dengan menekankan para pelajar supaya menjadikan tahun baru sebagai satu landasan untuk menjayakan agenda sekolah dan menjauhi perlakuan yang tidak bersesuaian.

Pengetua En. Mohsin B. Ibrahim sedang menyampaikan amanatnya

Encik Mohsin Ibrahim pula menggariskan beberapa perkara, antaranya supaya para pelajar melaksanakan apa-apa tugasan dengan pantas,  supaya pelajar memburu kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum, melahirkan potensi  diri dan menjadi pelajar yang berguna kepada sekolah dan masyarakat. Mesyuarat agung PIBG pula akan dijalankan pada awal Februari dan pelajar diseru membuat pembayaran sumbangan PIBG  selepas itu.

Pelajar SMKPS yang bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baru 2012

Sempena perhimpunan hari ini, guru-guru lelaki kelihatan segak memakai blazer. Pada hari ini juga dimulakan Minggu Suai Kenal pelajar Tingkatan 1 dan 4.  Menurut Puan Mazni Sanusi, setakat ini seramai 220 pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar ke SMKPS.
Semoga hari-hari seterusnya mengundang langit  yang cerah kepada seluruh warga SMKPS!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to SESI PERSEKOLAHAN 2012 DIBUKA SEMULA

  1. shafiq affendy says:

    selamat bersekolah & selamat kembali bertugas warga SMKPS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s