KEMPEN JUMAAT HARI TANPA PLASTIK DILANCARKAN

Oleh:  Mohd Khamsuldin B. Abd Wahab

Pengetua, Penolong kanan, Pengerusi PIBG dan penyelaras program bergambar kenangan bersama banner kempen

BATU PAHAT, 3 Februari (SMKPS) – “Kempen Hari Jumaat Hari Tanpa Plastik”  peringkat SMK Penghulu Saat telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Pengetua iaitu En. Mohsin Bin Ibrahim. Pelancaran tersebut telah  berlangsung di Dataran Kejat SMKPS dan dihadiri oleh 71 orang guru dan hampir 1, 100 orang pelajar.

Kempen  ini dilaksanakan bertujuan memupuk kesedaran kepada warga SMK Penghulu Saat supaya mengurangkan penggunaan plastik di dalam kawasan sekolah. Plastik ini adalah satu bahan yang  sangat berbahaya kepada hidupan  termasuk manusia. sebagai contoh, plastik sekiranya dibakar ia akan membebaskan karsinogen iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser. sekiranya di tanam ia boleh mengurangkan kesuburan tanih dan boleh menjejaskan punca air. Selain itu, palstik memakan masa yang lama untuk lupus iaitu antara 100-500 tahun. Justeru, bahan-bahan yang berunsurkan plastik perlu dikurangkan bagi menjamin kelestarian alam terus terpelihara.

Sebahagian pelajar sedang SMK Penghulu Saat yang menyaksikan pelancaran kempen

Kempen ini diharap dapat dihayati oleh para  guru dan pelajar dan merupakan sebahagian daripada Program Sekolah Lestari yang dilancarkan tahun lalu. Penyelaras Program iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin. Abdul Wahab mengingatkan kepada pelajar supaya  tidak membawa atau menggunakan plastik pada setiap hari Jumaat.

Pihak Kantin dan Koperasi sekolah juga tidak akan menjual sebarang produk yang berunsurkan plastik. Pelajar dan guru hanya menggunakan pinggan dan cawan ketika berada di kantin. Sekiranya ingin membungkus makanan, mereka perlu membawa peralatan sendiri seperti tupperware. Langkah ini diharapkan dapat mendidik diri guru dan pelajar supaya mengurangkan penggunaan plastik

Pengetua sedang memberi ucapan perasmian kempen hari Jumaat tanpa plastik

Sementara itu, dalam ucapan perasmian pula, Tuan pengetua SMKPS iaitu Encik Mohsin Bin  Ibrahim  mahu pelajar  lebih peka terhadap aspek penjagaan alam. Dalam konteks sekolah, beliau mahukan pelajar mengurangkan penggunaan plastik secara berperingkat-peringkat dan menggunakan tong sampah yang disediakan. Kantin dan koperasi pula akan dimaklumkan supaya mematuhi kempen ini.

Lakonan pelajar 5 Aktif yang mencuit hati dan sarat dengan mesej alam sekitar

Kemuncak pelancaran pagi tadi ialah persembahan lakonan oleh 4 orang pelajar Tingkatan 5 Aktif yang menyentuh isu-isu kebersihan, penggunaan plastik, penjagaan alam sekitar dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Lakonan mereka mendapat sambutan hangat daripada guru dan pelajar.
Sebagai pelengkap majlis, Pengetua menyempurnakan gimik pelancaran, iaitu meletakkan satu  beg plastik ke dalam tong sampah yang disediakan. Seterusnya diadakan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Semoga warga SMK Penghulu Saat dapat menjayakan “Kempen Hari Jumaat Tanpa Plastik” ini dengan jayanya.
-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to KEMPEN JUMAAT HARI TANPA PLASTIK DILANCARKAN

  1. Liana says:

    satu usaha yang baik cikgu khamsuldin!!!…Guru-guru dan pelajar harus mengambil peranan dan menyokong kempen ini bagi terlaksana..usaha murni untuk menyelamatkn bumi dari terus terancam memang harus di beri pujian..harap nyer kempen ini dapat diteruskan sampai ke generasi akan datang…Terbaikkkkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s