MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA SELAMAT DIJALANKAN

CIKGU MUHAMMAD AMIR MUKHTARAM SEDANG MEMBERI MOTIVASI KEIBUBAPAAN PADA SIRI KETIGA PERJUMPAAN. DI SEBELAHNYA, PENGETUA SMKPS, ENCIK MOHSIN IBRAHIM

Oleh: Mustaffa  Siraj

PARIT SULONG, 8 Februari, (SMKPS) –  Tiga siri majlis perjumpaan dengan ibu bapa pelajar kelas peperiksaan telah diadakan oleh pihak sekolah, yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPS.

Perjumpaan pertama membabitkan  ibu bapa kelas 3 Aktif, 3 Aman, 5 Aktif   dan 5 Aman. Perjumpaan kedua membabitikan kelas 3 Amanah, 3 Anugerah, 5 Amanah dan 5 Anugerah.  Manakala perjumpaan siri ketiga diadakan hari ini membabitkan ibu bapa kelas 3 Arif, 3 Aspirasi, 5Arif dan 5 Aspirasi.

Pada perjumpaan pertama, Encik Hamidun Said, Kaunselor SMK Tinggi diundang untuk  menyampaikan ceramah motivasi. Siri kedua pula menggunakan kepakaran Encik Mohd Daud Salleh, mantan Pengerusi  Majlis Guru  Bimbingan Kaunseling  Batu  Pahat manakala perjumpaan ketiga menggunakan  Encik Mohd Amar  Mukhtaram, Guru Pendidikan Islam SMK Dato Syed Esa.

Ketiga-tiga mereka telah memberi input berguna ke arah menyedarkan ibu bapa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Motivasi keibubapaan ini turut menggunakan elemen psikologi dan keagamaan. Mereka diperuntukkan masa sejam untuk membangkitkan kesedaran dan menyuntik semagat ibu bapa agar sama-sama mendokong hasrat murni sekolah.

SEBAHAGIAN IBU BAPA YANG HADIR PADA SIRI KETIGA

Pada ketiga-tiga perjumpaan, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim telah  turut menggariskan peranan ibu bapa di samping membentangkan segala input yang disediakan pihak sekolah, termasuk input kurikulum, kokurikulum, sahsiah, rohani dan emosi. Beliau juga menjelaskan kehebatan yang ada di sekolah ini yang dibuktikan dengan pencapaian kedudukan ke 7 dalam peperiksaan PMR 2011 dan ke 4 dalam peperiksaan SPM tahun  2010. Malah Gred Purata Sekolah (GPS) PMr iaitu 2.56 adalah yang terbaik dalam tempoh 4 tahun.

Beliau meyakinkan ibu bapa bahawa di sekolah ini tersedia guru-guru yang  hebat bersekali program yang mantap dalam mencatur hala tuju pelajar, agar cemerlang dalam bidang akademik khasnya. Jelasnya, guru-guru di sini tidak berkira dan sanggup mencurah bakti sebaik mungkin. PIBG pula sangat membantu pihak sekolah dan memperuntukkan lebih RM50,000 dalam memperkasa bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Pencapaian kokurikulum juga berada pada tahap memuaskan, sebagai contoh kejayaan menggondol johan daerah dalam permainan bola baling L15, P15 dan P18, selain johan negeri dalam Portable Cooking With Nature dan juga johan daerah dalam pertandingan Bot Solar. Naib johan turut diperoleh dalam Pesta   Pantun dan Kawad Kaki Kadet Polis Hari Kor Kadet Polis 2011.
Encik Mohsin mengharapkan input pihak sekolah dan kejayaan yang dicapai itu dapat membuka mata ibu bapa untuk memberi komitmen yang lebih jitu ke arah kejayaan anak didik SMKPS. Dengan sokongan ibu bapa. pastinya prestasi sekolah dalam pelbagai bidang akan semakin cemerlang dan terbilang.
– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s