TIMBALAN MENTERI PELAJARAN RASMIKAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPS

Oleh: Mustaffa B. Siraj

Ketibaan YB Datuk di raikan dengan meriah oleh warga SMKPS

PARIT SULONG, 10 Februari , (SMKPS) – Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong petang tadi merasmikan  Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Penghulu Saat tahun 2012, bertempat di dewan sekolah itu.

Barisan warna warni guru-guru SMKPS yang bersedia menyambut ketibaan YB Datuk Wee Ka Siong

Ketibaan beliau jam 3.30 petang tadi disambut dengan paluan kompang ahli Kelab Kompang SMKPS, persembahan seni silat dan  diikuti pemeriksaan barisan kehormatan 100 ahli unit beruniform SMKPS.

YB Datuk sedang melakukan pemeriksaan barisan

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat  Dr. Wee melahirkan rasa kagumnya dengan kehadiran ibu bapa yang begitu ramai, sekaligus menunjukkan komitmen tinggi para ibu bapa dalam menjayakan agenda pendidikan di sekolah ini.  Kecemerlangan sekolah dalam kurikulum dan kokurikulum turut menarik perhatian YB dan mahukan usaha lebih giat  dilakukan ke arah prestasi lebih cemerlang nanti.

Ucapan Pengerusi PIBG En. Mohd Arif B. Osman

YB juga kagum dengan sumbangan ibu bapa kepada PIBG, iaitu melebihi RM50,000 dalam menjayakan program sekolah, satu jumlah yang amat besar. Hal ini menunjukkan para ibu bapa di sekolah ini mempunyai kesedaran tinggi dalam mengangkat martabat sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Gabungan pengacara yang mantap iaitu Tn. Hj. Ramlan dan Pn Mazni berjaya menghidupkan suasana majlis.

Yang Berhormat juga menjelaskan betapa kerajaan telah banyak berusaha membantu rakyat. Sebagai contoh, terdapat 22 jenis bantuan yang diberi kepada pelajar, termasuk RMT, biasiswa, baucer tuisyen, KWAMP selain baucer buku, Bantuan  Rakyat 1Malaysia. Menurut YB, kerajaan telah lama memperkenalkan konsep negara kebajikan dan memang terbukti kebenarannya.

Ucapan daripada YB Datuk yang sarat dengan maklumat tentang transformasi dalam bidang pendidikan.

Terdahulu daripada itu, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim telah membentangkan laporan tentang sekolah. Di bidang kurikulum, SMKPS menduduki tempat ke 4 dalam keputusan SPM tahun 2010 dan tempat ke 7 dalam keputusan PMR tahun 2011 di daerah Batu Pahat. SMKPS juga mendapat  kedudukan sekolah terbaik di luar bandar dalam SPM tahun 2010. Gred purata sekolah dalam PMR juga menunjukkan prestasi lebih baik, iaitu 2.56 berbanding 2.65 pada tahun 2010.

Ucapan Tuan Pengetua En Mohsin B. Ibrahim

Beliau juga memaklumkan bahawa SMKPS mempunyai guru-guru yang berkebolehan tinggi, yang tidak jemu-jemu berusaha meningkatkan prestasi pelajar.  Usaha peningkatan akademik akan diteruskan , termasuk penggunaan modul, penyediaan bahan-bahan latih tubi dan  kelas tambahan terancang.
Di bidang kokurikulum, kejayaan sekolah mengungguli permainan bola baling daerah,  pertandingan Cooking With Nature, Bot Solar, Kawad Kaki Kadet Polis dan Pesta Pantun memperlihatkan SMKPS mampu menonjolkan bakat dan kemahiran pelajar dalam sukan, permainan dan koakademik.

YB Datuk sedang melancarkan gimik perasmian majlis

Pengerusi PIBG, Encik Mohd Arif Othman dalam ucapannya menzahirkan komitmen PIBG untuk membantu sekolah dan menyeru para ibu bapa supaya bersama-sama beliau ke arah itu. Tidak lupa beliau mengemukakan permohonan sekolah untuk mendapat sebuah dewan untuk kegunaan guru dan pelajar.

Ketua Panitia Sejarah Puan Norasikin menerima sijil di atas peningkatan GPS Sejarah

Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan ini telah memberi anugerah kepada pelajar yang mendapat keputusan 6A hingga 8A dalam PMR,  juga pelajar yang mendapat kedudukan 1-3 dalam peperiksaan akhir tahun lalu bagi Tingkatan 1 hingga 4.
Turut diberi anugerah ialah pelajar yang membawa kejayaan dalam kokurikulum. Antara anugerah yang diberikan ialah kepada tokoh kelab permainan, badan beruniform, persatuan akademik, olahragawan dan olahragawati tahun 2011 dan anugerah khas bagi permainan bola baling.

Ketua Panitia Tn Hj. Abd Rahaman menerima sijil untuk Panitia Matematik

Encik Mohsin Ibrahim yang ditemui selepas majlis melahirkan rasa gembira kerana majlis pada petang tadi menepati masa yang ditetapkan dan majlis berjalan dengan lancar.  Hal ini menunjukkan komitmen tinggi warga sekolah dalam menjayakan program yang diadakan.

Cenderahati daripada SMK Penghulu yang disampaikan oleh Pengetua iaitu En. Mohsin B. Ibrahim

Encik Mohd Arif Othman kekal menerajui PIBG SMKPS untuk setahun lagi, begitu juga Timbalannya, Puan  Siti Radiah Tahril. Majlis berakhir  tepat jam 6 petang.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s