KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKPS DILANGSUNGKAN

PESERTA LELAKI SEDANG BERSAING HEBAT

Oleh: Mustaffa  Siraj

PARIT SULONG, 16 FEBRUARI (SMKPS) – Kejohanan Merentas Desa SMKPS  berlangsung sempurna pagi ini dalam cuaca yang baik. Semua  peserta dilepaskan oleh Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim. Seramai 1,100 pelajar telah mengambil bahagian dengan jarak larian sejauh 4.2 kilometer.
Peserta mula dilepaskan pada  pukul 8 pagi. Sebelum itu dijalankan acara pemanas badan, yang dikendalikan oleh saudara Md Azmi Md Ramli.  Peserta mula dilepaskan secara berperingkat-peringkat, dimulai dengan peserta Perempuan 13, Perempun 15 , perempuan 18, Lelaki 13, Lelaki 15 dan diakhiri dengan Lelaki 18 tahun.

PESERTA SEDANG MELAKUKAN AKTIVITI MEMANASKAN BADAN SEBELUM DILEPASKAN

Rumah  sukan Jaguh muncul  johan keseluruhan dalam kejohanan kali ini, diikuti oleh rumah Berani di tempat kedua.    Azrin Aniq Azman memenangi kategori lelaki 18 tahun manakala Nursyafiqah Azhah kategori Perempuan 18 tahun. Untuk kategori  Lelaki 15 tahun, dimenangi Mohd Hanafi Kastory  manakala Intan Erlyana Sadiran memenangi kategori Perempuan 15 tahun.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohsin Ibrahim dan barisan pentadbir sekolah.

PESERTA PEREMPUAN C BARU DILEPASKAN

Ketika ditemui, Encik Mohsin Ibrahim , Pengetua SMKPS melahirkan rasa gembira atas kesungguhan para pelajar menjayakan aktiviti yang menyihatkan, mengeluarkan peluh dan bersesuaian dengan matlamat Program 1Murid 1Sukan. Beliau juga bersyukur tiada kemalangan dan kecederaan serius yang dialami oleh peserta sepanjang aktiviti dijalankan.

JOHAN KESELURUHAN - RUMAH JINGGA MENERIMA PIALA PUSINGAN DARIPADA ENCIK MOHSIN IBRAHIM, PENGETUA SMKPS

Nur Adihan Nor Azman, 17, pelajar Tingkatan 5 Aktif gembira  kerana dapat menyempurnakan larian dan mendapat  tempat ke 7 kategori Lelaki 18. Baginya persediaan yang rapi dan pengamalan cara hidup yang sihat membantu dirinya menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik kategori berkenaan.
Fatin Nabila Mastor Ali, juga pelajar Tingkatan 5 bersyukur kerana dapat menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan.  Baginya, kalah menang adalah adat bertanding, yang penting minat dan kesungguhan perlu dikekalkan baik dalam  bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKPS DILANGSUNGKAN

  1. anybody says:

    ok….

  2. SMKPS says:

    Saya dapat info dari guru bahagian rekod kejohanan. Nanti semak balik

  3. anybody says:

    alifudin ke yang menang? bukan hanafi ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s