PROGRAM NILAM DILANCARKAN

PUAN FAUZIAH ASHAARI, PENULIS `OMBAK RINDU' SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN

Oleh: Mustaffa Siraj

PARIT SULONG, 23 Februari (SMKPS) – Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)  peringkat SMK Penghulu Saat selamat dilancarkan baru-baru ini. Program itu dirasmikan oleh Puan Fauziah Ashaari, penulis novel `Ombak Rindu’ bertempat di dewan SMKPS.

Program bertujuan memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar itu diharap dapat diterjemahkan dengan minat membaca yang bertambah dan pelajar dapat menggunakan pusat sumber sebagai sumber rujukan pembacaan pelbagai bahan ilmu pengetahuan.

PELAJAR SMKPS SEDANG TEKUN MENDENGAR UCAPAN PERASMIAN


Dalam ucapan perasmiannnya, Puan Fauziah Ashaari menjelaskan pengalamannya dalam berkarya dan juga seruan supaya para pelajar menggunakan kesempatan semasa di bangku sekolah untuk banyak membaca serta memupuk minat yang baik, misalnya dengan berkarya. Beliau berharap para pelajar dapat mengambil inspirasi daripada kejayaaanya dalam dunia penulisan.

PERSEMBAHAN LAKONAN PELAJAR

Sempena pelancaran, pelajar-pelajar telah mempersembahkan satu lakonan yang menarik tentang permasalahan hidup dalam masyarakat. Lakonan mereka telah mendapat sambutan hangat daripada para guru dan pelajar yang memenuhi setiap inci ruang dewan dan membawa mesej yang berguna kepada pelajar.

BARISAN PELAKON BERGAMBAR KENANGAN DENGAN PUAN FAUZIAH ASHAARI

Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim melahirkan harapan agar pelajar merebut kesempatan semasa di bangku sekolah untuk menjadikan pembacaan sebagai  amalan. Beliau menyeru mereka menggunakan pelbagai bahan di perpustakaan, sama ada buku, majalah mahupun surat khabar. Menurutnya, kerajaan telah memberi  peruntukan yang besar untuk mengisi keperluan sekolah dalam aspek penyediaan pelbagai bahan bacaan.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to PROGRAM NILAM DILANCARKAN

  1. ah chai.. says:

    program nilam babitkan novel cinta ? NICE !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s