Sambutan Maulidur Rasul SMKPS Sederhana Tetapi Meriah dan Bermakna

Oleh: Umi Kalsum Idham

PARIT SULONG , 17 Februari (SMKPS)- Majlis sambutan Maulidur Rasul di SMK Penghulu Saat diadakan sekali lagi pada tahun ini seperti kebiasaannya. Sambutan pada tahun ini diberi kelainan berbanding pada tahun-tahun lalu.  Pada kali ini semua guru dan pelajar sama-sama memberi tumpuan mendengar  cermah dan mesej yang disampaikan dan sedikit sebanyak memberi pengisian rohani.

         Majlis dimulakan tepat jam 7.o0 pagi dengan bacaan Al-Mathurat dan diikuti dengan bacaan zikir Asma Ul Husna. Pelajar-pelajar lelaki berkumpul di Surau manakala pelajar-pelajar perempuan pula dikumpulkan di dewan. Majlis menjadi lebih bermakna apabila  penceramah Tuan Haji Hasanin Tamio dan Ustazah Siti Noor Ibrahim yang merupakan guru Pendidikan Islam di SMK Penghulu Saat sendiri mampu menyentuh hati pelajar-pelajar dengan ceramah yang disampaikan .

      Malahan ada pelajar-pelajar perempuan dan guru-guru yang menitiskan airmata menonton garapan persembahan  multimedia berkaitan akhlak remaja perempuan masa kini  hasil sentuhan Ustazah Siti Noor Ibrahim dan Ustazah Erny Irwanti Mesri. Usai majlis, semua pelajar dibekalkan makanan dan minuman percuma. Namum majlis kali ini lebih bermakna lagi apabila seluruh warga SMKPS sama-sama berkumpul dan memberi tumpuan pada majlis ilmu tersebut dan sama-sama berdiri berselawat ke atas Junjungan kita nabi Muhammad S.A.W. yang pastinya akan memberikan kepada kita safaatnya di akhirat kelak.

      Sebagai renungan kita. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:”Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Mas’ud r.a) dan firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya” (Al-Ahzab:56).

Persembahan Multimedia Menyentuh Hati Penonton

Ustazah Siti Noor Ibarahim Menyampai Ceramah Berkaitan Akhlak Remaja Masa Kini kepada pelajar-pelajar dan guru-guru perempuan

Tuan Haji Hasanin Tamio menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru lelaki

Guru dan pelajar sama-sama khusyuk mendengar mesej yang disampaikan oleh penceramah

Guru-guru dan pelajar-pelajar sama-sama berdiri berselawat

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s