PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH SMK PENGHULU SAAT 2012

ENCIK MOHSIN SEDANG MEMOTONG RIBEN PELANCARAN

Oleh: Warga Blog

Parit Sulong, 19 Mac (SMKPS) – Kempen Anti Dadah  peringkat SMK Penghulu Saat berjaya dilangsungkan pagi tadi, bertempat di dataran kejat. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Penghulu Saat, Encik Mohsin Ibrahim disaksikan 1,100 orang pelajar.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan pembacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato Abdul Ghafar Mahmod, yang dibacakan oleh Encik Mustaffa Siraj. Antara lain, KPPM mahukan para warga sekolah lebih peka akan ancaman najis dadah yang boleh merosakkan masa depan pelajar.

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

KKPM juga mahukan pihak sekolah menggerakkan usaha melaksanakan kempen dengan lebih bersungguh-sungguh, oleh itu sekolah disarankan supaya merancang aktiviti dengan lebih menyeluruh dan mampu membangkitkan kesedaran pelajar.

Dalam ucapan perasmiannya pula, Encik Mohsin  menarik perhatian pelajar tentang sejarah kempen anti Dadah, yang dimulakan pada 19 Februari 1983. Pada tarikh itu pengisytiharan dibuat sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pelajaran amat menyedari akan bahaya dadah dan telah menetapkan matlamat Sekolah Bebas Dadah pada tahun ini. Pihak kementerian juga amat bimbang  dengan dapatan kajian yang menunjukkan umur dikesan pelajar menagih dadah telah menurun kepada umur 13 tahun.

Lebih membimbangkan lagi, dadah sintetik semakin berleluasa kini, terutamanya syabu, pil kuda , ecstacy dan eramin 5, yang kesemuanya boleh membawa  kerosakan otak yang kekal. Maka usaha bersepadu di bidang kurikulum, kokurikulum dan pembinaan modal insan  akan dan terus dilakukan bagi membanteras gejala buruk itu.

PELAJAR SEDANG MENDEKLAMASIKAN SAJAK ANTI DADAH

Sebagai gimik pelancaran, Encik Mohsin telah memotong riben pelancaran. Menyusul selepas itu ialah persembahan dikir barat oleh ahli Kelab Kaunseling, deklamasi sajak bertajuk `Menatang Musim Getir’ dan persermbahan bahasa berirama yang memikat.

Sepanjang minggu kempen, pelbagai aktiviti dijalankan, antaranta ceramah anti dadah oleh Agensi Anti Dadah  Kebangsaan daerah Batu Pahat, pameran anti dadah dan larian anti dadah. Pertandingan melukis juga diadakan.

Semoga para pelajar SMKPS dapat menghayati matlamat kempen dan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen kali ini.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH SMK PENGHULU SAAT 2012

  1. larry says:

    dadah pemusnah bangsa,agama dan negara..besama2 kita katakan tidak kepada dadah..

  2. sani says:

    dadah pemusnah bangsa,bimbinglh ank bangsa agar tdk trjebak dgn dadah.sekali mencuba binasa padahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s