Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

Oleh: Umi Kalsum Idham

PARIT SULONG , 2 APRIL 2012, Panitia Bahasa Melayu SMK Penghulu Saat telah melancarkan Bulan Bahasa Melayu bertemakan ‘Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa 1 Malaysia’ . Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh pengetua SMK Penghulu Saat , Encik Mohsin bin Ibrahim.  Pada masa yang juga ‘Wadah Aksara’ , buletin mingguan turut sama dilancarkan.  Penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara pada masa ini menghadapi kerunsingan kepada pencinta bahasa dan bangsa. Kecelaruan dan kerancuan pemakaian bahasa Melayu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Sekolah pula dilihat sebagai agen dalam merealisasikan impian kerajaan untuk memartabatkan kedaulatan Bahasa Melayu. Oleh itu, bersesuaian dengan kehendak negara, sudah pasti Bulan Bahasa Melayu yang dirancang ini mampu membantu menjadi proses melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa universal.  Majlis pelancaran berlangsung di dua tempat yang berbeza berikutan hujan yang turun agak lebat.Walaubagaimanapun hujan yang turun mencurah-curah tidak menghalang agar upacara pelancaran diteruskan. Sebahagian acara lagi dilangsungkan di kantin sekolah . Persembahan pelajar seperti sajak, bicara berirama dan penglipur lara sekolah , Tuan haji Sharuddin bin Samsuri turut menyerikan majlis. Bulan Bahasa akan dijalankan bermula 01 April hingga 30 April 2012. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pertandingan bercerita, bersyair, bicara berirama, forum, deklamasi sajak dan kuiz Bahasa Melayu.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

11 Responses to Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

  1. SMKPS says:

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada ex-student SMKPS yang masih mengingati perkembangan semasa SMKPS. Terima kasih juga kerana masih menyokong dan memberikan idea-idea bernas . Saudara Sani…cikgu masih ingat-ingat lupa wajah awak..kerana ada beberapa orang pelajar di sini yang bernama Sani. Terima kasih kerana masih mengenali saya walupun saiz dah agak berbeza daripada dahulu kan….sapa-sapalah saya , mungkin saya sudah tidak berapa mengenali anak-anak didik saya yang semakin dewasa dan matang. Teruskan menyokong laman blog SMKPS.

  2. sani says:

    Termenung aku seorang diri berteman cengkerik dan unggas malam juga desiran aliran air sungai golok
    Tidak siapa tahu tiada siapa menduga
    sungai golok menyimpan seribu kepahitan
    Kepahitan masyarakat diempat wilayah bergolak
    Narathiwat,Yala,Pattani,songkla
    masyarakat yang memperjuangkan wilayah otonomi islam
    Pasti ada saja saban hari yang terkorban demi memperjuangkan wilayah islam tercinta
    Mungkin kalian diluar sana sedang nyenyak dibuai mimpi ketika ini
    namun saudara islam kita diempat wilayah itu sedang berjuang menentang pihak berkuasa Thailand demi wilayah tercinta
    Terfikir aku beruntungnya kalian menjadi rakyat Malaysia bisa lena tanpa rasa gusar
    kerana aku serta sahabat sentiasa mempertahankan benteng sempadan negara demi kalian semua hidup dan tidur dengan selesa…

  3. sani says:

    lunggo mbajak neng tanah roto
    balik sore wes arep senjo
    jaman sekolah jaman suko
    ora podo karo jaman kerjo

    pengantin turu neng reban ongso
    gunong sanggol nduor kepolo
    ngawe jahat entok doso
    ngawe apik entok pohlo

  4. sani says:

    jauh ketengah pulau pandan
    gunung daik bercabang-cabang
    ilmu guru jadikan panduan
    agar masa hadapan tidak kecundang

    pergi menjerat burung kenari
    dapat pula burung enggang
    guru-guru bijak bestari
    para pelajar makin cemerlang

  5. sani says:

    pucuk pauh delima batu
    anak sembilang ditapak tangan
    biar jauh beribu batu
    hilang dimata dihati jangan

    tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu.SMKPS tidak pernah dilupakan….

  6. SMKPS says:

    Yang kurik kendi yang merah saga
    pantun lama tinggi kiasannya
    Martabatkan bahasa peranan kita
    runtuh bahasa binasalah bangsa

  7. SMKPS says:

    Jika memburu si anak Rusa,
    Jangan tertembak si anak kera
    tugas guru mendidik pewaris bangsa,
    tugas Sani kini melindungi negara.

    Terima kasih kerana masih mengingati kami di SMKPS…jengah-jengahlah kami di laman blog.

  8. sani says:

    Guru Dedikasi Pelajar Bestari
    Penat lelah guru harungi
    untuk mendidik anak bangsa
    tidak kenal jemu jerih
    namun guru tetap tabah,
    biar hari silih berganti
    namun ilmu tetap berterusan,
    pelajar berjaya penyambung warisan,
    untuk bangsa maju terus kehadapan.

  9. sani says:

    yang kurik itu kendi
    yang merah itu saga,
    yang baik itu budi
    yang indah itu bahasa.

    bahasa jiwa bangsa
    cintailah bahasa kita.

  10. SMKPS says:

    En Sani – Salam mesra daripada kami…
    Gembira En Sani dapat berkhidmat kepada negara di Kelantan…
    Meski tidak mengenali, teruskan interaksi kita!
    Cikgu Jasayah, Cikgu Abd Rahman Ithnin masih ada di sini

  11. sani says:

    kalau memburu sianak rusa,jgnlah sampai kehujung tanjung,aku merantau menjaga sempadan negara,jasa mu guru SMKPS tetap ku sanjung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s