PERMAINAN PENTANQUE ANJURAN KEBIRU SMK PENGHULU SAAT

Guru-guru yang menyertai pertandingan Pentaque bergambar kenangan

Mohd Khamsuldin Abdul Wahab

BATU PAHAT , 14 April (SMKPS) –  Kelab KEBIRU SMK Penghulu Saat telah mengadakan perlawanan pentaque sebagai mengisi aktiviti guru-guru. Pertandingan tersebut telah dijalankan di padang sekolah yang melibatkan 7 penyertaan. Para pemain bertanding mengikut rumah sukan masing-masing yang terdiri daripada rumah Handal, Jaguh, Kuat, Mantap, Berani, Unggul dan satu pasukan daripada Pentadbir. Setiap pasukan di wakili oleh 5 orang pemain.

Cikgu Razak dengan gaya tersendiri membaling bola pentaque.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan seramai 35 orang guru  SMK Penghulu Saat yang sangat komited dalam apa jua aktiviti dan program yang dijalankan oleh kelab KEBIRU. Pentaque merupakan aktiviti sukan yang kedua selepas bowling yang  telah pun dilaksanakan pada bulan Februari yang lalu.

Hj. Ramlan dengan kelas yang tersendiri fokus sebelum membuat balingan

Menurut Pengerusi KEBIRU, En. Md Azmi B. Ramli tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru dan menghilangkan kepenatan setelah seharian berkerja di sekolah. Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat memberikan kepuasan  kepada guru-guru. Katanya lagi sebelum sambutan Hari Guru, KEBIRU akan mengadakan satu lagi pertandingan iaitu badminton yang akan diadakan pada awal bulan Mei.

Cik Musnah sedang membuat balingan sambil diperhati oleh Hj. Mustaffa Siraj dan Siti Noraini

Rumah Handal telah menjadi Johan dalam pertandingan Pentaque tersebut yang diwakili oleh En. Mohd Khamsuldin B. Abd Wahab, En. Sahri B. Othman, Cik Siti Fariza Bt. Azman dan Pn. Mazni Bt. Sanusi. Manakala rumah Mantap berpuashati menjadi Naib Johan yang di wakili oleh Tn. Hj. Ramlan B. Pit, En. Yahya B. Ahmad, Cik Roshaniza dan En. Ahmad Rezuan. Perlawanan akhir tersebut sangat sengit dengan Handal berjaya mengalahkan Mantap dengan kiraan mata 9 – 8.

Rumah Handal menjadi JOHAN pada kali ini.

Pertandingan berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan hadiah akan disampaikan semasa sambutan Hari Guru nanti.Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Rumah Mantap mendapat Naib Johan

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to PERMAINAN PENTANQUE ANJURAN KEBIRU SMK PENGHULU SAAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s